Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Prasangka tentang Islam dilukis kerana takut
Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama

ALOR GAJAH - Prasangka yang 'dilukis' oleh pihak tertentu‎ di Barat terhadap Islam adalah kerana agama itu sedang pesat membangun dan paling cepat perkembangannya di dunia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihak terbabit khuatir dengan perkembangan pesat Islam yang kini mempunyai 1.8 bilion penganut di seluruh dunia, dapat memberikan kekuatan kepada agama itu.

Katanya prasangka mengaitkan penganut agama Islam dengan kumpulan militan seperti Daesh adalah langsung tidak tepat kerana berdasarkan kajian Pusat

Pemulihan Mohammed Alnaif, Arab Saudi mengatakan 87 peratus daripada pengganas ini tidak mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh.

"Kekuatan inilah (kekuatan Islam) yang menyebabkan prasangka ini berlaku, maka kita harap orang Islam sendiri yang akan membetulkan imej ini supaya prasangka itu diketepikan.

"Jangan harap agama lain atau orang lain yang membetulkan imej ini kerana hanya orang Islam sendiri yang boleh membetulkan imej orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Graduasi Hafaz Aqso, Tingkatan 5 dan Program Khas Asasi Ulul Albab 2016 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah di sini yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Ahmad Zahid berkata generasi baharu terutamanya yang lahir daripada sekolah aliran keagamaan seperti Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab itu perlu memainkan peranan penting dalam usaha memperbetulkan prasangka terhadap agama Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata umat Islam perlu mempunyai asas dan pendidikan agama formal yang kukuh bagi memperbetul imej tersebut serta tidak terlibat dengan sebarang kegiatan radikal yang mengancam masyarakat dunia.

"Jika mempunyai ilmu agama kukuh dengan kombinasi akademik, dunia dan akhirat, mereka tidak akan terlibat (dengan kegiatan radikal)...mereka (pengganas) cari jalan singkat masuk syurga, tetapi tiada jalan singkat kerana masuk (syurga) perlu melalui proses ibadah," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.