Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SE ELOKNYA JANGAN MAIN POLITIK DAN SETIMEN DALAM SYARI'AH


Thursday, October 27, 2016

ANWAR IBRAHIM GAGAL LAGI !

Anwar Ibrahim gagal lagi.


Dan pakatan pembangkang pula terpaksa menanggung a taste of own medicine kerana merekalah di antara yang kuat membantah cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Contoh terbaru ialah Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat dan telah menolak permohonan qazaf Anwar Ibrahim terhadap peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar berkata demikian kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.
Beliau berkata ini walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah zina.
Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.
Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.
Puak pembangkang pasti pening kepala untuk menjawab isu ini. Malah, portal pro-pembangkang MenipuKini MalaysiaKini pun tampak bercelaru apabila melaporkan berita Anwar Ibrahim ini. Mulanya ditulis perkataan 'perluaskannya' dan kemudian ditukar 'melanjutkannya'. Yang terbaru pula ialah 'memperluaskannya'. Lihat printscreen di bawah :    

'melanjutkannya'

'perluaskannya'

MiM percaya bahawa isu yang membabitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang terhad dalam kes qazaf Anwar ini TIDAK akan diungkit lagi oleh puak pembangkang, apatah lagi mahu membesar-besarkannya.

Mereka akan tutup mulut dan akan merekacipta isu lain supaya rakyat terutamanya umat Islam di negara ini tidak lagi bercakap tentang kuasa terhad Mahkamah Syariah ini. 

Ianya kerana ludah akan terpalik balik ke muka puak PKR, DAP dan PAN yang sebelum ini membantah perlaksanaan memperkasakan undang-undang Syariah.

Ironisnya, Wan Azizah telah berkata,

"Justeru, demi menegakkan hak dan keadilan serta memartabatkan perundangan syariah di Selangor, kami menggesa agar kenyataan terbuka Muhammad Shafee itu disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995."
Maka sekarang, Wan Azizah sepatutnya juga menjadi penyokong kuat kepada usul pindaan Rang Undang-Undang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah (RUU355) jika benar-benar 'mahu menegakkan hak serta memartabatkan perundangan syariah.'

Beranikah Wan Azizah atau pun beliau buat-buat tidak nampak kuasa terhad Mahkamah Syariah ini?

2 orang berkata:

Anonymous said...

Lancauuu..
Apa kena-mengena dgn ruu hadi tu?

Hamba Allah said...

Hg tu BODOH dan BANGANG sbb ckp RUU355 xdak kena mengena dgn kes anuar ni..tlg la jgn jd hamba abdi kafir

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.