Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BRIM BUATKAN RAKYAT JADI WARGA SUBSIDI

Pakar: Jika pembangkang menang, teruskan BR1M
borang-BR1M

SHAH ALAM - ​Penganalisis politik berpendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu diteruskan oleh pembangkang sekiranya berjaya mengambil alih tanggungjawab pentadbiran kerajaan daripada BN pada PRU akan datang.

Ini kerana menurut Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, pemberian BR1M sudah sebati dengan rakyat dan menjadi susun atur dalam pentadbiran awam.

“Setiap tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konsisten meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat negara ini. Malah pada bajet kali ini, Najib mengumumkan kenaikan pada kadar BR1M.

“Sekiranya pembangkang mengambil alih kerajaan dari tangan BN, mekanisme ini perlu diteruskan supaya rakyat akan terus dibantu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Katanya lagi, langkah meneruskan pemberian BR1M oleh pembangkang akan memberi impak positif kepada pembangkang.

“Ia menunjukkan pembangkang mampu mentadbir, membawa dan meneruskan agenda yang diwujudkan BN.

“Ia juga menunjukkan kestabilan pembangkang dalam mengurustadbir kerajaan sekiranya (kerajaan) bertukar tangan kepada pembangkang,” katanya lagi.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat mengumumkan pemberian BR1M akan diteruskan pada tahun hadapan.

Bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,200. Isi rumah berpendapatan RM3001 hingga RM4,000 pula dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Sementara individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 pula, pemberian BR1M akan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kalo ko taknak brim x da masalah pun, tapi ko mohon dan amek je la..lepas tu duit tu ko sedekahkan kat anak2 yatim ke..atau kat org2 yg betul2 susah mcm gelendangan2 ke..kalo 1juta org yg x nakkan brim ni buat cara mcm ni..bleh gak anak2 yatim n gelendangan2 buat ape patot kat duit tu..maknanya mereka dapat 2x ganda..dia sendiri punya brim dan yg ko sedekahkan tu..
dari pada ko merengek2 x berkesudahan lama2 org tengok ko dah mcm tapir..
ko je nampak ko ensem..
hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.