Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN WAJAR JAWAB

'Kos ECRL RM55b macam nak bina landasan emas'
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa satu siasatan menyeluruh (audit) atau ditubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai rasional kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Beliau mendakwa, pengumuman itu walaupun nampak seolah-olah projek untuk menjaga kebajikan rakyat namun masih banyak persoalan yang perlu diperincikan.

"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya. Jadi saya minta satu jawatankuasa khas parlimen mesti buat semakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Mahfuz berkata, timbul tanda tanya apabila pada 26 Julai 2016,  Menteri Kerja Raya menafikan laporan dari Sarawak Report yang mendakwa Putrajaya akan menaikkan harga pembinaan itu daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion.

"Dukacita apabila menteri terbabit menafikan dengan alasan Kabinet belum mengadakan sebarang perbincangan pada Julai 2016.

"Saya hairan bagaimana Menteri Kerja Raya yang menafikan laporan itu tiba-tiba projek ini boleh masuk dalam bajet dengan nilai harga RM55 bilion, kurang RM5 bilion daripada laporan Sarawak Report," katanya.

Dakwa Mahfuz, walaupun dinafikan, beliau melihat perkara ini hampir ada persamaan dengan laporan dari Sarawak Report.

"Bagi saya adakah ini satu perbelanjaan kos landasan yang paling mahal dalam dunia? Saya tak tahu lah mungkin kerajaan nak bina rel tu daripada emas ke atau besi buruk.

"Sebab itu bila diumumkan projek-projek yang dilihat sebagai menampakkan pemberian itu kepada rakyat saya masih persoalkan," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa peruntukan untuk menyejahterakan rakyat termasuklah meningkatkan taraf pengangkutan awam.

Salah satu tumpuan itu adalah kepada pelaksanaan projek rel baharu ECRL sepanjang 600km yang menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur dengan kos RM55 bilion. 

16 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau pas sokong, maknanya harga projek tu memang betul la.

Kalau pas tak sokong barulah tak betul.

Semua yg pas sokong mesti betol. Sapa tak sokong jatuh iman kot??



Sokongan membawa rebah...

Anonymous said...

Ya Allah ya Tuhan Kami.
Tewaskanlah Pas pada pru 14 ini nanti di semua kawasan kerana pas telah bersekongkol dgn pihak yang menipu rakyat.

Aminn ya Rob.

Anonymous said...

Ya Allah ya Tuhan kami.
Lindungilah kami drp tipu helah parti yang menyusahkan rakyat dan parti yg bersekongkol dengan mereka. Berilah kemenangan kepada kami dan mana2 parti yang berjuang untuk memudahkan rakyat.

Aminn ya Rob.

Anonymous said...

Ya Allah yg Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Hapuskanlah mana2 parti yang menjual agama untuk kepentingan kroni, keluarga dan peribadi. Berilah kemenangan kepada pihak yang tertindas.

Amin ya Rob.

Anonymous said...

Ya Allah, binasakanlah orang yang bersifat takfiri kerana mereka ini memecahbelahkan perpaduan ummah.

Aminn ya Rob.

Anonymous said...

Ya Allah, sekiranya perjuangan Pas itu benar di jalan-Mu, berilah kemenangan kepadanya untuk memerintah negara.

Aminn ya Rob.

Anonymous said...

ha anon 743 ko sebenarnya pun dah lama paham sifir dia kan bgus la hehe..mudah je sbnrnya nak paham..tapi biasenya budak2 tadika je paham sifir ni dgn mudah..
org dewasa susah sikit nak paham barang ni,bila dah susah nak paham senang la kene goreng kan hehe..nak tau kenapa org dewasa kene tipu?sebab org dewasa dah terjebak dengan kata2 dusta org politik yg di ulang2 bahawa kuasa memerintah tu seolah2 cornfirm boleh buat hidup manusia semua berubah..walhal kat tempat aku pas menang masjid mcm dlu gak sunyi dia, x penuh gak pun ngan matpet2 mat rempit2 sume pun..tatkala pas menang xda pun mat rempit2 kat tempat aku semua sekali tiba2 bersatu hati bakar motor masing2 pastu semua pakat2 g masjid hehe..yg merempit2 gak la mcm biase hehe..
dan org dewasa dah terjebak ngan kata2 dusta org politik yg kuasa memerintah tu seolah2 cornfirm boleh bagi rezeki manusia berubah/bertambah semua masing2 jadi kaya..kat tempat aku pas menang yg miskin masih miskin mcm biase gak hehehe..
itu semua janji dusta je..itu semua janji di luar kuasa manusia..
rahmat Allah semata2 yg boleh bagi ko jaga solat dengan baik dan kaya walau pun masa tu yg pegang kuasa memerintah tu ialah monyet..hehehe
budak2 tadika senang je nak paham barang ni..org dewasa susah sikit..sebab org dewasa ni pandai2..nak paham barang ni kene jadi bodoh huhu

Anonymous said...

korang nak tau x,tanda2 org yg betul2 nak bantu manusia2 lain ni,dia xkan tunggu duit org,dia xkan tunggu dapat kuasa memerintah duit rakyat baru nak bantu org..kalo dia tunggu,ini kan tanda2 dusta yg sangat2 jelas dah..
dulu kat sekolah korang belajar sirah x?bukti2 nyata dia ada kat sana,nabi saw dan para sahabat serta org2 terdahulu semua kebanyakannya hidup dia sendiri jadi miskin habis harta pasal bantu manusia2 lain sebelum mereka di dikurniakan kuasa memerintah lagi..saidina abu bakar telah jadi miskin sebab banyak bantu org sebelum dia dikurniakan kuasa memerintah pun..
ini org2 politik ko nak tggu dapat kuasai duit rakyat selepas dapat kuasa memerintah baru nak tolong org??lepas tu masing2 mengaku saling lebih suci dan maksum berbanding parti musuh masing2 sebab nak dapat undi..
masing2 berduit tu,kaya raya tu semua kebanyakan,xda pun yg nak kua duit sendiri sampai jadi miskin xda harta..
semua nak tunggu dapat kuasa duit rakyat lepas dapat kuasa memerintah duit rakyat baru nak tolong org kan??ni kan pembohong besar ni hehe..xkan korang x belajar sirah yg nabi saw,para sahabat jadi miskin sebelum mereka dikurniakan kuasa memerintah lagi..
ini la tanda2 betul ke x manusia tu memang bercita2 nak tolong org ramai..
masih x nampak??hehehe..
bodoh tol semua kene kencing..budak tadika paham korang x paham2..

Anonymous said...

Betul perbuatan pas tu.
Pas sokong pihak yg ada duit.
Sbb duit tu raja.
Yg tak ada duit pas tak sokong.
Sbb tak dpt bg apa2.
Baguslah, pas dah sedar.
Duit tu kuasa.
Sbb tu pas nak kuasa dr pihak yg ada kuasa.
Teruskanlah pas.

Anonymous said...

Seburuk2 mat sabu, seburuk2 najib, dia tak pernah kafirkan org islam. Tak pernah munafikkan org. Tak pernah nak tanam org islam kat jirat cina.

Tapi walaunta lain sikit....
Mungkin sbb mereka memakai jubah, serban dan berjanggut....

Anonymous said...

Sekor dua walaon yg pernah aku jumpa. Cakap pasal tn guru pung pang pung pang. Cerita pasal islam. Bibir tak pernah lekang rokok. Tak cukup rokok sambung vape. Tak cukuo vape oder rokok balik. Habis kedai mamak penuh puntung rokok. Mamak jeling 3 jam borak pasal hudud, teh O secawan je. Dengar nama mat sabu, tepuk meja mcm meja bapak dia. Kompiden pas menang kelantan klu 3 penjuru. Org balik masjid har jumaat, dia masih lepak kedai mamak.....

Mcm ni punya walaon pun pandai cerita pasal tiket gi syurga. Bukan sikit cam ni, banyakkkkk

Anonymous said...

Buat ruu. Dah siap ambik jubah. Pakaikan ruu dgn jubah. Dia ingat jubah baju agama. Bungkus baik2 dgn baju agama. Lepas tu jual hulu hilir kat org ramai. Sapa tak beli jatuh iman katanya. Sbb apa jatuh iman? Sbb jubah tu baju agama, katanya.

Mampoooss cam ni...
Main paksa2 beli plak.
Padahal ruu tu cuma goreng pisang je.

Anonymous said...

Selalu sgt ponteng dewan.
Takut time tiba giliran nanti dia pun ponteng jugak.
Hancussss cam ni.

Anonymous said...

Anon.. ko pi baca quran dan berguru.. banya sangat ayat tentang kafir di sana..ko boleh pilih sendiri yg mana ko nak..

Anonymous said...

org yg suruh ko berguru tapi dia sendiri x tau amalan mana yg dah keluar dari jalur itu namanya dia sendiri mungkin x berguru tapi dia nak ugut2 ko hehe...
amalan takfiri tanpa tahkik adalah amalan yg x ijmak dan terkeluar jalur..

raybanoutlet001 said...

nike huarache
new orleans saints jerseys
nike huarache
nike soccer shoes
polo ralph lauren
ralph lauren outlet
49ers jersey
ralph lauren polo
nike tn pas cher
nhl jerseys

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.