Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIPANGGIL UNTUK SIASATAN

Bersih 5: Tiga dipanggil polis
Bersih 5: Tiga dipanggil polis
Terence (tengah) bersama Anida (kanan) dan Nor Azwan (kiri) dipanggil polis untuk memberi keterangan berkenaan insiden kekecohan Konvoi Bersih 5, pada 1 dan 8 Oktober lalu. - Foto Sinar Harian

TELUK INTAN - Tiga individu termasuk Adun Pasir Bedamar, Terence Naidu, dipanggil pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, bagi memberi keterangan berkenaan insiden kekecohan semasa Konvoi Bersih 5, pada 1 dan 8 Oktober lalu.

Terence dalam satu kenyataan berkata, mereka dipanggil hadir ke IPD Hilir Perak, pada 13 Oktober lalu untuk membantu siasatan pihak polis berkenaan insiden tersebut.

"Selain saya, dua lagi individu yang dipanggil pihak polis adalah Koordinator Bersih Teluk Intan, Anida Osman dan seorang peserta Bersih 5, Nor Azwan Ali.

"Kami tiba di sana pada jam 10.15 pagi dan diminta memberi kenyataan berhubung kekecohan di Teluk Intan pada 1 Oktober dan di Jalan Changkat Jong pada 8 Oktober, di mana peserta konvoi Bersih 5 dihalang oleh peserta baju merah diketuai Datuk Jamal Md Yunos," katanya.

Menurut Terence, mereka diminta memberi keterangan bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 341 iaitu Pengurungan Salah di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama satu bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan juga turut dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan rusuhan yang boleh dihukum penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

"Kami dipanggil sebagai saksi dan saya berharap siasatan tersebut dijalankan dengan telus dan adil," katanya.

Terence turut memuji pasukan polis IPD Hilir Perak yang bertindak profesional dalam insiden kekecohan Konvoi Bersih 5 yang dihalang baju merah pada 8 Oktober lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner, Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan IPD Hilir Perak ada memanggil ketiga-tiga individu berkenaan pada 13 Oktober lalu.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.