Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANGIN SEKULAR DAP DAH MASUK KELANTAN, PUNAH !!!!

'Saya sedia makan garam'
Husam Musa
Husam menunjukkan salinan 32 soalan ketika ditemui di luar dewan semalam.

KOTA BHARU - Sidang Dun hari terakhir semalam mencetuskan ketegangan luar biasa apabila perang mulut antara Datuk Husam Musa (Amanah- Salor) dengan pimpinan kerajaan negeri ketika sesi penggulungan berlangsung.

Malah, sidang Dun itu dianggap bersejarah apabila beberapa kali speaker terpaksa menggunakan kebijaksanaannya bagi meredakan ketegangan yang berlaku.

Pertikaman lidah itu bermula pada sesi pagi apabila Husam beberapa kali bangun mencelah ketika Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) membahaskan Belanjawan 2017 dan perang itu berterusan ke sesi penggulungan yang dibuat pimpinan Kerajaan Kelantan.

Bangun mencelah

Perang mulut antara Husam dengan kepimpinan kerajaan bermula apabila Exco Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi ketika menggulung perbahasan, menyarankan kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan supaya mengambil fakta yang tepat bagi mengelak salah faham berlaku.

Bagaimanapun tindakan Mumtaz itu menyebabkan Husam bangun mencelah dan meminta Exco tersebut tidak mencampuri urusan sekiranya tidak memahami isu.

“Jangan kita masuk campur YB kalau tidak tahu, kalau salah boleh betulkan, tidak boleh buat secara umum, kita kena ada mekanisma,” katanya.

Mumtaz yang mempertahankan hujahnya berkata, apa yang dinyatakan tidak dituju kepada sesiapa, sebaliknya dibuat secara umum.

Perang mulut terus berlarutan apabila Husam mempertikaikan kenyataan Mumtaz dan mahu Exco itu membuat kenyataan secara spesifik.

“Kalau tidak tumpu kepada wanita itu dulu, bukan sahaja penarik beca, penoreh getah pun miskin, harga getah jatuh, apa yang YB buat kepada penoreh getah?" katanya dalam nada sinis dan menyebabkan Mumtaz menamatkan ucapannya.

Perang mulut Husam-Nassuruddin

Perang mulut tercetus lagi ketika sesi penggulungan dibuat oleh Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Ia bermula apabila Nasuruddin mengkritik sikap bekas pemimpin Pas yang bertindak keluar Pas kerana sayangkan DAP.

“Kita bagi penjelasan kepada Pakatan tentang pindaan yang kita nak buat, mereka (DAP) tidak setuju akhirnya putus hubungan. Ada orang sayang DAP dan keluar parti dan tubuh Amanah. Kalau curi kerusi itu bukan amanah,” katanya.

Kenyataan  Nassuruddin itu menyebabkan Husam bangun dan meminta Exco tersebut menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai mencuri kerusi.

Nassuruddin kemudiannya membaca baiah yang dibuat oleh pemimpin Pas di hadapan bekas pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengandungi sumpah setia ahli Pas, termasuk mereka yang dipecat perlu meletak jawatan sebagai Adun.

Husam yang mempertahankan tindakan itu berkata, beliau dipecat Pas tanpa diberikan pembelaan diri, malah ketidakadilan berlaku sekiranya meletakkan jawatan kerana beliau tidak lagi dibenarkan bertanding.

“Kalau (nak) putuskan elaun saya pun silakan, sedangkan elaun saya masih dipotong oleh parti (Pas), jangan besarkan isu elaun, saya boleh makan garam dengan anak saya, (tetapi) jangan sekat bertanding lagi, Islam kena adil, kena lihat perspektif yang adil,” katanya.

Perang mulut itu berterusan apabila Nasuruddin mempersoalkan Husam, kenapa isu itu dibangkit sekarang dan bukannya semasa Majlis Syura melaksanakan baiah itu.

Dalam pada itu, tindakan Husam mendakwa beliau tidak menerima surat penjelasan daripada jawatankuasa disiplin sekali lagi mencetuskan keadaan kecoh di dewan.

“Bila? Bila, bila?, jangan berbohong,” sambil mahu Nasaruddin mengemukakan surat tersebut.
Nasuruddin kemudian berjanji akan mencadangkan kepada jawatankuasa disiplin supaya mengeluarkan surat tersebut.

Adun Pas mahu Husam dihalau keluar dewan

Memasuki jam 4.30 petang, perang mulut makin hangat apabila Exco Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuuar Tan Abdullah menjelaskan, semasa zaman Allahyarham Nik Aziz, semua Exco termasuk beliau dan Husam bersetuju membangunkan tanah miskin dengan penanaman ladang getah klon balak.

Menurutnya, beliau kecewa dengan sikap Husam yang dilihat kini menentang keputusan yang dibuat oleh Allahyarham Nik Aziz yang menjadi kesayangan rakyat.

Husam yang menafikan kenyataan Annuar itu kemudian bangun secara lantang dan berang mendedahkan Annuar sudah berbohong, kerana sebelum ini dia merupakan orang yang menentang projek penanaman getah itu.

“Dia (Annuar) lah lawan kelulusan tu, siap berbisik kepada saya menyokong tindakan saya menentang projek itu, jangan bohong dan putar belit, saya kena pertahankan kerana ia melibatkan maruah saya. Saya cabar YB buat kenyataan di luar dewan dan saya saman,” katanya yang enggan menerima arahan speaker supaya duduk.

Tindakan Husam itu menyebabkan dewan kecoh dan beberapa Adun Pas mahu Husam dihalau keluar dewan. Bagaimanapun Timbalan Speaker, Abd Latif Abd Rahman menangguhkan penggulungan bagi meredakan keadaan dan menunaikan solat Asar. Sidang Dun berakhir kira-kira jam 6.15 petang.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Kat youtube melambak2 benda yg hussam dedahkan spt kes balak, kes air kltn, kes duit yik dan berpuluh2 lagi. Satu habuk pun tak berani nak jawab ikut fakta.

Saja buat2 pekak, tuli dan buta mata walaupun pendedahan hussam disertai dgn bukti surat dr pihak berkenaan.

Camner nak buat hudud kalu penyapu balak pun tak nak tangkap.

Cer rajin2 google youtube biar otak tu terbuka sikit & tak jadi katak dlm serban....

Anonymous said...

Contoh la kezaliman dlm kes balak, air paip, duit yik dll. Kat akhirat besok sapa kena tanya. Bukan pemimpin pas ke, bukan pengampu2 pas ker, bukan penyokong pas ker?

Sbb tu pemimpin pas perlu berubah dan baiki supaya kat akhirat nanti tak kena tanggung. Tugas husam dah selesai, dia dah cuba tapi korang keras kepala, ego, degil.

Anonymous said...

Elehhh....
Suruh aje mb kelantan tu jawab surat2 hussam.
Ada bran??

Anonymous said...

Buat selamba badak. Ikut stail muka tebal najib tak tau malu. Nama je parti Islam bila memerintah mengalahkan perangai yahudi.

Anonymous said...

Ini hal rakyat jangan apabila ada rakyat bangkit untuk menegur dan ingin memperbetulkan keadaan dituduhnya 'Sekular', 'Barua Dap' berbagai! Gelaran ini sering dilontar Pas kononnya Pas dipihak yg benar dan konon berjuang utk agama. Sudah2lah meluat aku dgn si serban penjual agama !

Anonymous said...

Anon2.. masih tak jemu2 lagi ke mengadu domba. hi.hi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.