Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAPUN JANGAN BERHUTANG KERANA NAK BESARKAN TEMBOLOK

Hutang negara tidak patut menakutkan sesiapa
Analisis

SHAH ALAM - Rakyat tidak perlu bimbang mengenai tahap hutang Kerajaan Persekutuan kini.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berpendapat, ini kerana hutang negara sentiasa terurus dengan cantik dan membayarnya.

"Ia begini hutang negara yang disebut itu 95 peratus datang daripada sumber-sumber domestik, iaitu kita berhutang dengan diri kita sendiri, iaitu kerajaan berhutang dengan rakyat melalui pelbagai dana. Kita hutang dengan orang asing hanya RM25 bilion tak banyak.

"Keduanya kalau dilihat dari segi kematangan hutang-hutang ini ia matang berlain-lain tempoh...cuma kita perlu bayar mengikut tempoh kematangannya, jadi saya fikir hutang negara tidak mengerunkan dan tidak patut menakutkan sesiapapun," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas  kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kini.

Jumaat lalu di Dewan Rakyat, ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini,  hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada KDNK.

Ujarnya, daripada jumlah berkenaan, 95.9 peratus atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik sementara 4.1 peratus lagi atau RM26.9 bilion merupakan pinjaman luar pesisir.

Oleh itu,ujar Najib, tahap hutang kita ini  dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.


‎Mengulas lanjut, Amir Husin berkata, tambahan Malaysia mempunyai dana dalam negara antaranya Lembaga Tabung Haji (TH),  Kumpulan Wang Simpanan (KWSP),dan unit Amanah lain.

"Badan ini kita boleh pakai ‎untuk majukan negara,kalau negara lain susah sikit...sama ada dana ini tidak wujud ataupun terlalu miskin untuk wujudkan dana,jadi komen saya jangan bimbang dengan hutang ini kerana ianya diurus dengan rapi," katanya lagi.

‎Dalam pada itu, Amir Husin berkata ekonomi kita turut diakui badan dunia, iaitu dikedudukan antara yang terbaik.

"Menerusi agensi penarafan Fitch, Malaysia diberi penarafan A- berbanding Filipina (BBB-)," katanya.

Dalam pada itu, Amir Husin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan negara kita akan bangkrap.

"‎Ini permainan sahaja,  sebab negara yang nak bangkrap..ia dimulai dengan penurunan gaji penjawat awam dan dihujungnya tidak boleh bayar, hospital tiada alat dah.

"Itu petanda dah nak bangkrap, selagi kerajaan stabil dan sanggup menangung apa yang dijanjikan kepada rakyat itu menunjukkan suasana baik," katanya.
 

7 orang berkata:

Anonymous said...

Jgn berhutang..makanlah dedak 90juta..

Hamba Allah said...

Dedak dedak dedak...ayat tu wajib tuding dkt pan...ludah kena muka sendiri

hangkedee said...

Hari hari mencekik Maggi. Jgn ada hati nak beli jet peribadi.

hangkedee said...

Hari hari mencekik Maggi. Jgn ada hati nak beli jet peribadi.

Anonymous said...

Walaun terasa ker..kahkahkah

Bila yg makan dedak haram 90juta nak saman SR?

Anonymous said...

Dedak 90 juta
Ayam suka makan dedak.
Sudah jinak boleh sembelih.

Anonymous said...

Biar makan msggie halal.
Jgn naik jet shoping duit haram.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.