Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMA ! MACAM KENYATAAN PAN, DAH KENA PENYAKIT LA TU !

'Jika nak ganti‎ Umno berapa kerusi dia dapat tanding?
Annuar Musa
Annuar Musa

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mampu mencorak pentadbiran negara terutama melaksana inisiatif memperjuang nasib orang Melayu dan masyarakat keseluruhannya seperti telah dilakukan Umno sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) dan membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana Bersatu, yang‎ dipresidenkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.

"Muhyiddin kata parti dia (Bersatu) akan ganti perjuangan Umno, kalau nak ganti‎ Umno berapa kerusi dia dapat bakal bertanding (PRU akan datang) adakah DAP, Amanah, PKR dan Pas akan beri laluan kepada dia, sudah tentu tidak.

"Kalau (Bersatu) boleh menang paling banyak 50 kerusi (Parlimen) adakah parti ini boleh menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga Pengerusi Umno Melaka. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.