Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON

Pas rayu DBKL, tetap mahu himpun di Dataran Merdeka
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pas hari ini mengemukakan rayuan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membenarkan Dataran Merdeka sebagai lokasi penganjuran Himpunan RUU355.

Pengerusi Sekreteriat Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak DBKL perlu faham himpunan tersebut merupakan satu himpunan aman dan penganjurannya tidak akan menjejaskan sikap hormat-menghormati antara kaum di negara ini.

“Kami telah menerima surat dari DBKL bertarikh 13 Januari lalu yang menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak. Pihak kami membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, himpunan itu perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan.

“Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman,” katanya lagi.


Untuk makluman pihak DBKL katanya lagi, pihaknya juga akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan itu berjalan sebagaimana yang dirancang.

“Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami, dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib dan tenang,” ujarnya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Ada 2 perhimpunan kot.
Satu sokong
Satu tentang

Anonymous said...

Aku tak nak gi. Sbb tak dpt permit. Tu kira perhimpunan haram. Kena tangkap polis masok lokap. Susah kalu hilang kerja dan naik turun mahkamah.

Gi pancing siakap lagi pekdah.

Anonymous said...

Kalu 30 juta yg dtg pom, tak guna jugak. Tak pekdah jugak. Sbb yg undi kat parlimen cuma 222 orang mp je...

Anonymous said...

Klu pas nak berhimpun dbkl benarkan, besok org lain nak berhimpun dbkl kena benarkan jugak la.

Susah la peniaga nak cari makan kalu asyik nak berhimpun.

Anonymous said...

Kalau nak berhimpun pegilah kat rusila, marang sana. Kat situ nak buat 7 hari 7 mlm tak sapa halang

Anonymous said...

Biar le derang nak berhimpun pun. Wat per nak halang. Ni negara demokrasi. Padang merbuk tu tempat awam. Tempat dbkl. Bukan tempat pas...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.