Umno hanya tunggu masa untuk 'ditalkinkan': Muhyiddin
SHAH ALAM - "Umno hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," demikian
ujar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, budaya politik dalam parti itulah yang merosakkan parti rumpun Melayu itu.
"Sebenarnya, Umno sedang berada di hujung nyawa. Roh dan jiwa
perjuangan Umno yang memberi nafas kepada parti itu telah lama berkubur.
"Yang ada hanyalah jasad Umno yang layu, lemah dan longlai. Umno takkan
pulih lagi dari sakitnya yang tenat. Hanya tunggu masa untuk
ditalkinkan sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, di sini, hari
ini.
Berbeza dengan Umno, menurutnya lagi, perjuangan Bersatu adalah bukan
untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baharu untuk
orang Melayu, masyarakat pribumi dan rakyat Malaysia.
Jelasnya, Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan ekonomi.
"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama
tanpa mengira kaum dan agama serta mendokong prinsip bahawa setiap
rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.
"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti, tetapi
matlamat perjuangan yang termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan.
Jadi, selagi Bersatu wujud, inilah yang menjadi landasan perjuangan
parti kita," katanya lagi
Katanya, Bersatu juga bukanlah serpihan mana-mana parti dan perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.
"Masih banyak ranjau, duri dan liku yang mesti kita tempuh. Akan ada
ribut, taufan, ombak dan gelombang besar yang perlu kita redah.
"Tak kurang juga fitnah dan adu domba yang cuba memecahkan kesatuan kita. Yang irihati dengan pencapaian kita," katanya.
4 orang berkata:
ya, sokong pak karam.
muyidin mmg takabur tak sedar diri. hadi jugak yg bijak sebab sokong umno penyelamat islam.. islam selamat duit pun dapat... kan?
Pakkaramu...
Pakkaramu kenal tak kat Fikah shaari?? Ostat panggil dia Ika Comey...
Alaa.... Yg ibu jari ada cagu turrr.... Hehe
Mau nya x kenal.
Janda anak satu tu kan?
Dok Lembah Pantat kan?
Eh sorry, Lembah Pantai
Yg topi german tu ker?
Post a Comment