Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SANGAT MENGHAIRANKAN, MENGAPA PAS AMBIL TAHU TENTANG PKR ? TU DIA PUNYA PASALLAH ! PAS RUGI APA ????

PAS TELAH MELAKUKAN SUATU 
YANG SANGAT BODOH. JIKA AHLI PKR NAK JOIN DAP PAS APA PEDULI ? PAS RUGI APA ?

JIKA PAS TAKUT NANTI BAHAWA  AKHIRNYA DAP 
MENYEKAT KERJASAMA PKR DAN PAS
MAKA PNDANGAN ITU ADALAH DANGKAL,

MENGAPA PAS TERSANGAT SAYANG DENGAN PKR ?
 BIAR PERGI LA KEMANA MEREKA NAK
PERGI, TAK DE KENA MENGENAPUN !

HARAP JANGAN ADA OANG PAS BANGANG DAN BODOH MACAM YANG DINYATAKAN OLEH
SETIAUSHA AGONG PKR ITU

-Pak Karamu-


'Dulu Pas lantik saya, tak jadi pertikaian pun'
Saifuddin Nasution
Ads by Kiosked

SHAH ALAM – Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak seharusnya menjadi pertikaian seperti yang dibangkitkan oleh lidah rasmi Pas, Harakah Daily.

Mengulas mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, beliau pernah dilantik oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai Ketua Tabung Amanah Tok Kenali sebelum ini.

Namun katanya, ketika itu tiada sebarang pertikaian daripada ahli Pas walaupun beliau daripada parti lain.

“Allahyarham Nik Aziz sangat maklum saya pemimpin PKR, tetapi melantik saya sebagai ketua GLC tersebut. Beliau melantik saya kerana berasakan saya ada pengalaman, boleh membantu GLC Kelantan dan memberi kepercayaan kepada saya.

“Jadi apa yang Guan Eng buat dengan melantik saya (Penasihat Strategik Ketua Menteri) itu adalah perkara yang telah pun Pas buat ketika melantik saya menyandang jawatan itu selama tiga tahun dari 2004 hingga 2007.

“Adakah ketika Guan Eng melantik saya, itu dikatakan ‘dedak’ dan waktu Pas pula bukan dedak. Itu tidak betul,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh lidah rasmi Pas itu, menyifatkan pelantikan Saifuddin sebagai ‘dedak’ oleh DAP bagi mengikat PKR.

Keputusan melantik Saifuddin juga dikatakan sebagai usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan Pas.

Saifuddin dilantik secara rasmi pada Rabu lalu dan pelantikannya itu mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat bagi mengukuhkan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Menurut Saifuddin, jika isu melantik bukan dalam kalangan ahli parti itu dianggap sebagai salah, dedak atau sebagainya, maka amalan itu telah dibuat oleh Pas terlebih dahulu.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Pas patut bersyukur sbb lepas pru 14 tak wujud lagi lebai pas di klantan. Tak payah pening2 fikir nak jual balak hutan simpan utk cari pitih perintah negeri. Tak payah pening2 nak tanam durian kunyit kat hutan

Anonymous said...

Fitnah dah jd budaya dlm PAS..Parti Ajaran Syiah skrg. Tuan guru kencing berdiri walaun2 biol kencing berlari.

Anonymous said...

aku tak peduli pun.

hadi lahap 90juta pun aku tak kesah pun, lantak laa.

yang aku kesah, aku nak tumbangkan bn dan sekutu.

Anonymous said...

Mamat Karmu ,baru kau tahu pemnpin dan pengikut bodoh .sebab dibodohkan oleh peminpinya sendiri,Allah beri kita mata untk melihat dan mambaca.Allah memberi kita telnag untuk mendenagr yang baik DAN Allah memberi kita otak untuk berfikir.jangan jadi ahli TAKSUB membabi celik.

Anonymous said...

Untaa ni harap jubah je cantik. Tapi hati busukkk sangat.

Anonymous said...

Pakkaramu...org tak nak lantik lebai hadi al-unta sbb lebai hadi al-unta suka ponteng kelas..

Anonymous said...

Kalau korang nak tangkap sotong, korang boleh lantik lebai dol al-sotongi sebagai pengurus strategi sotong.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.