Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA ORANG ATAS BUAT HAL BINAWE BETUL LA !!!

Tangkapan KSU: 'Nilai rampasan melebihi RM6 juta'
dsadf
Ads by Kiosked

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini telah berjaya merampas beberapa lagi aset ketua setiausaha sebuah kementerian yang ditahan atas dakwaan rasuah semalam menjadikan jumlah terkumpul yang dirampas melebihi RM6 juta.

Difahamkan, perkembangan hari ini menyaksikan SPRM, telah membuka peti simpanan emas di sebuah bank serta merampas seberat 8kg yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta berhubung kes itu.

Menurut sumber, SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD 80,000 (RM261,687.20).

"Selain itu, SPRM turut menyita sebuah MPV Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya," petik kenyataan sumber itu.


Semalam, seorang ketua setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk ditahan SPRM atas dakwaan rasuah salah guna kuasa.

Datuk terbabit ditahan jam 8 pagi semalam di rumahnya di Subang Jaya, di sini.
Beliau disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya meminta rasuah .

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki berkata, KSU berusia 59 tahun itu dipercayai menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai kebebasan dalam menentukan dan melantik kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan tertentu.

Dalam pada itu, suspek berkenaan dikatakan mempunyai lebih 10 lot tanah atas nama ahli keluarga di sekitar Lembah Klang dan difahamkan SPRM kini sedang membuat pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit.

Kata sumber itu lagi, SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan sama ada suspek berkenaan pernah membuat pembayaran sebarang cukai sejak 2010.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dan berkata tiada tangkapan baru dibuat setakat ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ini.



Hari ini seorang KSU dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Januari.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Elehhhh.....nak bg org lupa pasal kes sorg mamat sprm berenti sbb tak nak bersekongkol dgn ketua penyamun.


Habuk pun tarakkkkkk... cukup masa bebas....ptuiii

Anonymous said...

Ada org biasa pakai kot tapi takut dosa kalu bersekongkol dgn kepala prompak.

Ada pula org pakai serban 7 lapis, jubah sapu tanah siang malam tapi tak takut dosa bersekongkol dgn kepala perompak dan ayoyotolollah syiah donia....

Itulah peristiwa akhir zaman....

Anonymous said...

Incik ajis tangkap sekor kambing kaler hitam masuk dalam kandang. Incik ajis simpan 10 hari dalam kandang. Lepas 10 hari incik ajis kasi lepas kambing pergi padang makan rumput balik.

Nyum nyum nyum nyummmmm

Anonymous said...

Banjir mungkin sebab bala atas dosa2 mita dan pemimpin kita. Oleh itu banyakkanlah beristigfar dan bertaubat.

Anonymous said...

Tahun baru sewaktu harga minyak naik 20 rupiah lebih dan org kesejukan dlm banjir, ada bapak2 pergi bercuti luar negara main golof naik jet.

Tapi syukurlah kerana ada seorang bapak ini yang juga pergi luar negara. Tapi bukan pergi main golof atau jumpa sama bapak ayatola syiah. Bapak ini pergi syria membantu saudara sunni kita. Di sana bapak ini turut merasai kesejukan orang yang dilanda banjir. Lalu bapak ini menderma sedikit hartanya untuk orang-orang yang sedang kesejukan. Bapak ini juga nengajak semua manusia yang memang lemah sifatnya supaya beristigfar dan bertobat. Alhamdulillah...

Anonymous said...

Minum ini ayer jampi lebai tiga botol busar. Lepas minum baru masuk calon kerusi. Bole menang.




Kah kah kah
Ayer jampi tok lobai

Orang perak said...

Menteri buat apa.
Tak ada maruah diri. Bertanggungjawab la sikit. Kalau negara lain, menteri dah resign kerana malu, sikap bertanggungjawab dan berprinsip. Logik akal, tak kan dia tak tahu ksu dia buat apa. Ataupun mungkinkah dia pun sama. You scratch my back. I scratch yours. Sama2lah kita fikir2kan..

Anonymous said...

Org2 bosar yg dah tuo ni bueklah kejo yg bofaedah sikit. Jangan la asik nak merompak mcm bos pulak. Cubo la buek kejo lain. Cari kutu kek kepalo bini ko. Kupek bawang buek sambal belacan ko...

Anonymous said...

Macam2 org atas buat skang. Ada yg curi wang. Ada yg curi emas. Ada yg cilok balak. Ada yg cilok duit cikgu agama. Ada yg berebut duit jual tanah..... hebat la orang atas2 ni. Patutlah tak bising minyak naik 20 seng....

Anonymous said...

Sekali bos guna kuasa sakti, ini worang jahat boleh keluar dengan bebas

Anonymous said...

Janganlah bersekongkol dan mendedak. Dosa tau!!

Anonymous said...

"MARI MENDEDAK BERSAMA ULAR DALAM SEMAK"

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.