Bersatu ganti parti yang sudah usang: Mahathir
SHAH ALAM - Kewujudan Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan untuk menggantikan sebuah parti politik usang.
Perkara itu disuarakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa, Umno telah menjadi sebuah parti kleptokrasi.
"Umno menjadi penindas ke atas rakyat, mendera tanpa sebab, menangkap
dan memasukkan dalam tahanan serta menghadapkan mereka ke mahkamah
dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah.
"Parti ini juga sedang dan telah menjual wilayah-wilayah negara
sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan terasing dari negara,"
katanya sempena pelancaran Bersatu di Stadium Malawati di sini.
Menurutnya, Bersatu ditubuhkan sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah kini.
"Tidak ada satu usaha lebih mulia daripada usaha Bersatu bersama
rakan-rakan kita usahakan untuk membasmi kemungkaran Umno dan BN,"
jelasnya.
Mengakui terlalu tua, Mahathir berkata, usianya yang panjang memberi
peluang untuk melihat sendiri pergolakan dan nasib bangsa di negara ini.
"Saya pernah bertuan penjajah di negara ini sendiri. Perasaan terhina
menyelubungi diri apabila terpaksa bertuankan orang asing yang menjajah
negara.
"Ya. Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan
kekuatan yang tidak dimimpikan berada kepada mereka," ujarnya.
5 orang berkata:
Tak dpt join bersatu, kutuk bersatu.
Benci umno, benci gerakan, benci PKR, benci dap, benci pan.....
Cam mana nak perintah malaysia? Perintah walaunta2 aje bole la. Tak pun perintah kaum syiah je
Tak dpt join mat Sabu, kutuk Amanah. Tak dpt join dap, kutuk cina. Tak dpt join bersatu, kutuk madey.
Dpt join najib, puji umno. Dpt join ayatola Ali, puji syiah.
Kelate bukus besok bole peretoh negeri jin ayoh pin kok atas kayange
Pak Karam kenal tak kat Fikah shaari. Alaaa yg ostat panggil Ika Comey tutt
Post a Comment