28 November, 2012
Gempar!! Ahli Parlimen BN Nyaris Kena Baling Batu Nisan
Heboh dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila
seorang ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad
lepas dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang
lelaki diatas pentas ceramah.
Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek. Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.
Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek. Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.
Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.
Ahli parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam
tambatan bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti
ceramah seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau
datang kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu
nisan di depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan
penyokong-penyokong UMNO/BN.
Kejadian itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan
oleh ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah
berlaku dalam sejarah di Melaka ini. Tiada sesiapa mengenali lelaki
terbabit, mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran
supaya jangan makan sembarang makan.
Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz.
Mungkin juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan
UMNO sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah
pemerintahan UMNO/BN.
Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.
Lelaki tersebut tidak dikenali tersebut telah dibawa oleh polis untuk
disoal siasat. Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di
ahkbarnya.
Di tapak inilah Ahli Parlimen tersebut "dihadiahkan" batu nisan |
1 orang berkata:
oakley sunglasses
ugg boots
ugg outlet
nike store
michael kors outlet
coach outlet online
michael kors handbags
chicago bears jerseys
golden state warriors jerseys
hugo boss
Post a Comment