Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
AGM Umno pentas keramat, kata Khairy

26 November 2012
Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mesti menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2012 sebagai landasan untuk meledakkan semangat perang berjuang habis-habisan bagi memenangi minda dan hati pengundi muda serta pemilih atas pagar dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, anggota perwakilan Pemuda Umno seharusnya dapat mencambah fikiran untuk merangka dan memperkasa strategi, sekaligus menterjemahkan sokongan generasi muda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tegas mengingatkan para perwakilan perhimpunan sayap Pemuda Umno nanti agar membekalkan diri dengan hujah yang akan disampaikan pemimpin dan mesej kepada rakyat.


"Hujah ini kekuatan kepada kita (Pemuda) dan perlu kita bawa balik ke kawasan masing-masing bagi kita sebarkan kepada rakyat. Ini pentas keramat, saya beri kebebasan (berbahas) jadi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.


"Kita (Pemuda) harus menggunakan peluang ini untuk memberitahu dunia luar bahawa Perhimpunan Agung Umno bukan untuk ahli kita atau perwakilan sahaja tetapi tujuannya untuk menghantar mesej dan isyarat yang jelas kepada rakyat iaitu Umno komited untuk berkhidmat demi rakyat," katanya kepada Bernama.


Perhimpunan Umno akan dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri esok di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setiap sayap akan diwakili  991 anggota, manakala Perhimpunan Agung Umno Khamis ini akan mengumpulkan 2,759

anggota yang akan bersidang sehingga 1 Disember.

Seperti sayap Umno lain yang memberi fokus agenda utama perhimpunan agung berbincang mengenai persiapan akhir menghadapi PRU-13, Khairy mahu kira-kira 700,000 anggota Pemuda Umno memainkan peranan lebih besar menjelang pilihan raya umum dan tidak hanya berada di takuk lama sebagai pemasang bendera, penggantung poster dan juga penjaga keselamatan.


"Pemuda mampu memainkan peranan lebih besar khususnya dalam konteks perang minda yakni menawan minda dan hati rakyat. Bagi saya itu lebih penting daripada melakukan kerja-kerja rutin.


"Selain itu tidak kekok saya katakan Pemuda perlu memainkan peranan sebagai peraih undi bersama sayap Wanita serta Puteri yang pergi rumah ke rumah, ada juga rumah yang mana penghuninya orang muda, jadi lebih sesuai Pemuda berada di sana," kata Khairy.


Ahli Parlimen Rembau itu berkata generasi muda mesti tahu apakah implikasi pilihan mereka pada PRU-13 terhadap masa depan negara dan bahawa senario inilah pilihan yang terpaksa mereka hadapi.


Khairy berkata, ada pihak yang berpendapat bahawa pengundi muda merupakan faktor penentu kepada PRU-13 disebabkan sifat atas pagar dan sokongan mereka lebih mudah dilentur berbanding penyokong tegar sesebuah parti yang telah diketahui arah sokongan mereka.


"Sokongan yang mudah dilentur itu juga menjadi faktor mengapa pengundi muda harus diberikan tumpuan daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka yang telah 'buta hati' terhadap jasa dan bakti Umno.


"Mereka yang buta hati terhadap kebaikan yang dibawa Umno saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka. Majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan
akan menjadi sasaran," katanya.

Khairy berkata senjata terpenting dalam memenangi hati pengundi ialah hujah yang tepat dan berkesan, bukan retorik semata-mata.


Penggunaan media baharu seperti Twitter, Facebook dan portal berita merupakan antara cara terbaik meraih sokongan pengundi muda kerana lebih 80 peratus daripada pengundi di bawah umur 40 tahun itu mendapat maklumat terkini daripada media digital.


"Apa yang menarik mengenai media baharu dan pengundi ini ialah adanya informasi sumber orang ramai dalam satu tempat dan informasi ini bukan informasi jenis satu hala seperti dalam media arus perdana. Inilah yang kita perlu gunakan sepenuhnya bagi menarik sokongan generasi muda yang berada atas pagar sokong kita.


"Buat permulaan jangan sama sekali kita tapis media baharu ini. Bila satu isu mengenai kita muncul pada media itu, kita perlu balas kembali dengan fakta yang relevan dan berhujahlah pertahankan kes kita dan kita perlu lakukan ini dengan pantas kerana pusingan media ini kurang lima minit berbanding arus perdana kira-kira 24 jam," katanya.


Selain menggunakan media baharu, Khairy berkata, kerajaan dan Pemuda Umno mengambil langkah turun padang dan mendengar secara langsung apa yang ingin diperkatakan pengundi muda, kerana era kerajaan tahu apa yang terbaik untuk

rakyat, telah berakhir.

"Bukan lagi masanya untuk berteka teki. Kita mesti tahu apa yang diperlukan oleh generasi ini dengan penglibatan bersama generasi ini. Kita dengar apa mereka kata dan mahu kemudian laksanakan, kita tidak sesekali dengar sahaja," katanya.


Hasilnya, kata Khairy, berlakulah transformasi berlandaskan 'politik khidmat bakti' Pemuda Umno bangkit membantu generasi muda menerusi pelbagai program seperti Pameran Kerjaya Pemuda BN yang disasarkan untuk mengatasi isu

kebolehpasaran pekerjaan rakyat bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan tinggi. - Bernama




 
  • Iffliea Abdullah · Top Commenter
    AGM Umno 2012 pentas kiamat (pengakhiran) UMNO sebagai parti pemerintah di Malaysia
  • Ikan Masin · Top Commenter
    Perhimpunan UMNO akan digunakan untuk menghentam pembangkang dan di antara satu sama lain di dalam UMNO sendiri. Rami\ai yang tak puas hati kerana tahap kedudukan UMNO masih tidak kuat, Najib dianggap lemah dan ramai yang tidak puas hati kerana tak dapat jadi calon
  • Nasi CapAyam · Top Commenter
    Sebenarnya, peluang untuk BN kekal berkuasa pada PRU13 tidak mustahil jika artikel berikut diambil kira
    http://www.malaysiakini.com/columns/212771
    • Abu Abup · Top Commenter
      Sedih ini berlaku di negara kita. Kadang2 aku tak faham selain orang yang ada kepentingan contoh dalam mendapatkan kontrak, sapa lagi yg masih bod*h (minta maaflah) menyokong umno.
  • Ishak Abdol · · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
    Slogan 'Visi Dan Misi Baru' UMNO/BN untok memperjuang kan hak dan kebajikan nasib rakyat, dengan menampil kan lebih ramai calon calon muda daripada kalangan 'Winnable Candidate', tersebut akan dapat mengubah tangapan negatif, kecurigaan, persepsi fikiran hati rohani dan pendapat rakyat khusus bagi pendudok pendudok yang berada di atas pagar, yang mahu kan perubahan drastik lagi mampan untok memperbaiki kehidupan dan kebajikan mereka, termasuk dengan plan pembangunan prasarana dan kemudahan asas yang lebih baik, perluang perkerjaan yang lebih banyak dan menjadi wakil rakyat yang bertanggung jawab untok selama berhidmat di kawasan undi tersebut. Itu yang lebih penting dan harus di pertengah kan oleh pimpinan UMNO/BN
  • Abu Abup · Top Commenter
    Sepatutnya ini pentas digunakan untuk membaiki, membersih, dan membongkar kekotoran umno. Gantung mana mana ahli (termasuk Presiden) yang ada skandal. Baru rakyat nampak (yang nampaklah) yg umno ada usaha untuk mentadbir demi rakyat, bukan demi perut kroni.

    Juga dinasihat kpd kepala mereka najis razak supaya membersihkan najis dalam keluarga sendiri dahulu, baru bolem pimpin umno. Hai kak mah, macam mana big mama ni boleh kumpul duit dari kecik untuk beri cincin 24 juta. Kalau aku, aku invest kat benda lain.
  • Abe Piea
    Pentas Keramat? bunyi macam biara, tokong atau kuil je? hehehe Melayu umNGOK Melayu umNGOK, macam2..
  • David Choo · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Pentas keramat, sikit lagi akan menjadi pentas berhantu......kiamat...
  • Khairulamir Sulaiman · Top Commenter · Sekolah menengah Datuk Mansur,Bahau
    belum pernah dlm sejarah umno,ketua pemudanya awal2 lagi mngisytiharkan takut bertanding dan taknak bertanding dlm pilihanraya umum.
    KJ bukan saja tahu dia bakal kalah malah skrg ada suara2 dlm umno yg mahu dia disingkirkan.smlm tun M selamba sj hentam pemuda umno kononnya 'tak bergerak' sptmana wanita dan puteri.semua org umno tahu tun M sindir KJ dan sedang merendah2kan keupayaan KJ.dan kita juga tahu dendam mahdey pd KJ sampai mahdey keluar umno bawak 2 org pengikut setia saja.
     
     
  • Andre Setiawan · Top Commenter
    perhimpunan bt kali terakhir buat lanun-lanun dan perompak duit rakyat..semoga cepat dikuburkan.,SELAMATKAN MALAYSIA DARI MEREKA SEMUA.
  • Omar Jabal · Sek men atas dua kluang
    hidup PR. ko bn....bn ko
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.