Pas Perak mahu calon DAP, PKR wajib baiah
27 November 2012
PARIT BUNTAR - Pas Perak menggesa kepimpinan parti Pakatan Rakyat (PR)
lain seperti PKR dan DAP turut mewajibkan syarat ‘baiah’ terhadap
calon-calon pilihan raya yang bakal diketengahkan parti-parti berkenaan
di negeri ini bagi mengelakkan senario lompat parti yang berlaku sebelum
ini berulang.
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, perkara ini pernah dibangkitkan Pas melalui mesyuarat Sekretariat PR sebelum ini dan kedua-dua parti berkenaan berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme bagi mengatasi masalah calon ‘lompat parti’ sehingga menyebabkan Kerajaan PR di Perak digulingkan pada tahun 2009.
Menurutnya, sehingga kini, PR masih belum menemui formula terbaik dalam memastikan calon yang dipilih tidak berpaling tadah dan pihaknya melihat pendekatan ‘baiah’ diguna pakai Pas adalah langkah terbaik.
“Gesaan PKR dan DAP meletakkan satu syarat khas bagi mengelakkan senario wakil rakyat lompat parti berulang amat penting memandangkan krisis rampasan kuasa yang berlaku ke atas PR sebelum ini benar-benar memberi kesan kepada hubungan PR.
“Tidak salah sekiranya PKR dan DAP mengikut jejak langkah Pas dalam mewajibkan syarat ‘baiah’ terhadap setiap calon dan ahli parti bagi memastikan kesetiaan terhadap parti dan lebih utama, rakyat tidak dikhianati individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Abu Bakar berkata, Pas Perak pernah mencadangkan perlaksanaan Enakmen Anti Lompat Parti sebagaimana diluluskan Sidang Dun Pulau Pinang baru-baru ini.
Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan pada sidang Dun sebelum ini tidak mendapat sambutan memberangsangkan oleh sidang dewan.
“Pas sedia membawa semula perkara ini untuk diberi perhatian sidang dewan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi semula negeri Perak pada PRU akan datang.
“Pas sama sekali tidak berkompromi dengan tindakan wakil rakyat yang lompat parti kerana perbuatan itu mengkhianati sokongan rakyat yang mahukan pembaharuan dari PR,” katanya.
Sementara itu, Abu Bakar turut menegaskan Pas Perak bakal mempertaruhkan sebahagian besar calon muka baru termasuk penambahan calon Muslimat Pas bagi memastikan parti itu membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, seramai 65 hingga 70 peratus daripada bilangan kerusi diperuntukkan parti itu bakal diisi oleh calon muka baru terdiri daripada sayap Pemuda, manakala tambahan satu kerusi bakal diperuntukkan kepada calon Muslimat.
“Strategi mengetengahkan ramai muka baru sebagai calon pilihan raya penting demi memastikan parti mendapat nafas baru selain memenuhi kehendak pengundi yang mahukan pemimpin lebih dinamik, cergas dan berkarisma,” katanya.

- Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Pesara KerajaanKita tidak mahu lagi parti yang kalah membentuk kerajaan gejala ADUN atau MP lompat parti. ADUN atau MP yang lompat parti adalah pengkhianat amanah rakyat...tidak wajar diundi oleh rakyat kalau individu ini masih dicalonkan dalam PRU13...
- Aku Shahrul · Top Commenter · UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
- Mohd Nozani Ghazali · Top Commenter · Boss at Uncle zaini katering
- Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
- Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitmhahahaha...PAS yang terhegeh-hegeh nak bersama DAP n PKR....macam ular lidi nak mengacah-acah naga.....sekali naga tu sembur terkedu lah PAS....hahaha...otak letak di mana tu wrhhhhh....
- Nakid Net · Top CommenterFAHAMKAH DAP DAN PKR TERHADAP KONSEP :BAIAH: SEPERTI YANG PAS FAHAM" "SAMPAI DITUNGGANG/TUNGGING PUN TETAP DENGAN BAIAH- PAS SEKARANG TIDAK SERUPA PAS DULU.AMIN
- Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
- Pok Nuss · Top Commenter · Kuala TerengganuAku org yg pertama sokong kenyataan Ust Abu Bakar Hussain....langkah pencegahan yg baik..
- Nasir Ramli · Top Commenter · Works at Pheo-Para TroopersPKR....PARTI KENCING RAKYAT.PAS...PARTI AJAR SESAT.DAP....DUNIA AKU PUNYA
- Nasir Ramli · Top Commenter · Works at Pheo-Para Troopers

- Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
1 orang berkata:
Thank You, I've Recently Been Searching For Information About This Topic For Ages And Yours Is The Best I Have Discovered Till Now. But, What About The Bottom Line? Are You Sure About The Source? Domino QQ
Post a Comment