Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK MINTA MA'AF PUUUUUN !

SLIMNYEW BADAN KO !
 
Puteri Umno: 'Doa KO BN pencabulan tak boleh dimaaf'
Wartawan Sinar Harian
28 November 2012
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan 'doa KO BN' yang dibacakan oleh Pas hampir dua minggu lalu sebagai satu "penghinaan dan pencabulan" yang tidak boleh dimaafkan.

Sehubungan itu tegas Rosnah, beliau tidak pernah mendengar atau diajar untuk menyatakan doa kemusnahan sesuatu kaum atau sesama Islam.

Malah katanya, beliau juga sudah kehilangan rasa hormat terhadap Pas ekoran doa yang dilafazkan.

"... tidak pernah diajar dalam Islam. Saya cukup kecewa. Kalau dulu saya masih ada rasa hormat kepada sebuah parti Islam iaitu Pas melalui pemimpinnya yang tidak ekstrem.

"Apabila doa dilafaz oleh pemimpin Pas, saya hilang hormat kepada parti yang menyatakan mereka memperjuangkan Islam. Ia penghinaan kepada umat Islam secara keseluruhan kerana pemimpin Pas sendiri, Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menyatakan doa ini dibenarkan dalam Islam, ini juga salah. 

Apabila melakukan kesalahan, kesalahan itu cuba disembunyikan melalui menggunakan agama," kata beliau dalam temu bual bersama Sinar Harian Online di Hotel Seri Pasifik di sini, semalam sempena Perhimpunan Agung Puteri Umno.

"Sekali lagi, itu juga penghinaan besar," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan sambil menambah, "saya umat Islam, ia sebagai pencabulan satu penghinaan besar yang tidak mampu dimaafkan."
 
"Bukan kerana mendoakan Umno tetapi ada kesanggupan doakan saudara seagama sudah tentu satu perkara cukup menyedihkan," kata beliau.

Doa yang dikritik Umno dan Barisan Nasional dibacakan pada satu Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan sempena Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu baru-baru ini.


Ditanya sama ada Puteri yakin kemenangan Umno secara keseluruhan dan kekal berkuasa, Rosnah yang menerajui pergerakan itu sejak empat tahun lalu berkata, "Umno kekal, insya-ALLAH. Saya tidak mahu takbur dalam menjawab soalan ini."


"Saya yakin sebenarnya dengan apa yang dilaksanakan dan proses transformasi yang dilakukan, membuktikan Umno dan BN adalah
  parti untuk rakyat," katanya.

Rosnah berkata, segala yang dilakukan untuk rakyat dan yakin mereka tahu mengenai perubahan yang dibawa parti sejak tiga tahun lalu.

"Mereka akan beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Umno.


"Saya yakin kita dapat peperangan ini dengan kemenangan selesa, tubuhkan kerajaan. Itu doa saya sebagai ahli parti, ibu dan individu.


"Doa orang muda yang ingin melihat kesinambungan kepimpinan yang sedia ada kerana kita mempunyai pemimpin yang baik dan cemerlang. Pemimpin yang boleh ke arah negara yang gemilang daripada apa yang telah kita lalui," katanya lagi.
 
 
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.