Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA MENTERI UMNO KATA ?

JIKA MENTERI UMNO MARAH MAKA WARTAWANPUN  WAJIB MARAH SAMA MENTERI BALIK, JIKA MENTERI SEREGAH MAKA RAKYAT WAJIB SERGAH MENTERI BALIK, TU TANDA HANGPA ADA KOTE

SOALNYA APA PAK KARAMU NAMPAK DAN MENTERI NAMPAK ADALAH BERBEZA, MENTERI NAMPAK LAPORANG AUDIT BUKAN UNSUR RASUAH, PENYELEWENGAN  ATAU APA JUGA PERKARA YANG MENYELEWENG, AKAN TETAPI KEHILANGAN ADALAH UNSUR LALAI, KELEMAHAN KETIKA OPERASI

JIKA ITU SEBABNYA MAKA JAWAPAN MENTERI ITU MENUNJUKKAN BAHAWA POLIS TIDAK BERWIBAWA, SEDANGKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN ADALAH TUGAS NEGARA DAN SENJATA ADALAH BARANG KAWALAN (CONTROL ITEM) BUKAN BARANG KEPERLUAN BIASA DALAM POLIS ATAU TENTERA,

SOAL AUDIT ITU MEMANG KERJA MEREKA MEMBERIKAN LAPORAN, MEREKA ADA PANDUAN DAN WAJIB MEMBERIKAN LAPORANG YANG BERSIFAT PUTIH ADALAH PUTIH, HITAM ADALAH HITAM, MELAINKAN ATAS PERKARA MAKLUMAT KESELAMATAN NEGARA, JADI MENTERI UMNO KENA TAHU PENTADBIRAN DAN TANGGUNGJAWAB MACAM MANA NAK JAWAB SESUATU ISU- Pak Karamu

05 Oktober, 2013

Kenapa Menteri Umno Ni Melenting?.. Saksikanlah


Disebabkan soalan yang di ajukan oleh wartawan Malaysiakini, menteri Umno ni melenting dan mengamuk sakan. Pelbagai kata-kata yang tidak enak di dengar di hamburkan kepada wartawan Malaysiakini. 

Yang peliknya kenapa menteri Umno ni beria-ria mempertahankan pihak polis berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api sedangkan tiada siasatan di buat lagi.

Kenapa menteri Umno ni terlalu yakin tidak penyelewengan, tiada rasuah atau tiada salahguna kuasa dalam kehilangan senjata api ini. 

Sepatutnya menteri umno ni menjawab.."Siasatan akan dibuat terhadap kehilangan senjata api ini, tindakan tegas akan di ambil terhadap kecuaian ini"..

Jangan cakap lagi tentang kehilangan senjata polis
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.
Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.
Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.
Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.
"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.
"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita. 
Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat. 
Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara". 
Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi. 
Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya. 
"Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...," tegasnya.
Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu. 
"You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang," katanya lagi. ~malaysiakini
Lihat video di sini.
Jikalau dilihat kenyataan dari menteri Umno ni, mungkin tiada laporan Ketua Audit Negara pada tahun depan berkenaan kehilangan senjata api polis bagi menjaga imej polis. 

Sekiranya semua menteri berpandangan sebegini, maka Laporan Audit Negara pada tahun depan akan keluar yang elok-elok je. Yang tidak elok mungkin tidak di sembunyikan. Jadi objektif Laporan Audit Negara sudah pasti akan tersasar..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.