Wednesday, January 22, 2014
Aziz Bari Pulak Cari Pasal!
Nanti akan gawat pula suasana dengan riuh rendah Perkasa dan UMNO mengecam Aziz Bari ni
Silap-silap dituduhnya pula menghina Agong
Bising dan cari peluang adalah sinonim dengan pengampu dan kaki bodek
Dah tu akan ada pula 'batu api'
Agong bukan ketua Islam, hanya Nabi Muhammad boleh tentukan undang-undang Islam JANUARY 22, 2014 OLEH MD IZWAN
Agong bukan ketua Islam, hanya Nabi Muhammad boleh tentukan undang-undang Islam JANUARY 22, 2014 OLEH MD IZWAN
Pakar
perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, titah Yang di-Pertuan
Agong adalah terhad dan pemerintah tidak berkuasa seperti Nabi
Muhammad untuk menentukan undang-undang Islam.
Abdul Aziz
berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua
agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala
Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang
tidak mempunyai Sultan.
"Kenyataan yang
dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai
kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri berkenaan," kata bekas
pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata,
Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili pemerintah
dalam isu agama namun bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan
Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.
Abdul Aziz
berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986
seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada sudut
perundangan.
"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.
Katanya, hanya
Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan undang-undang Islam,
malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai kuasa sedemikian.
"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah.
"Dalam
mana-mana kes, hanya undang-undang Islam yang terkandung dalam
Perlembagaan dan undang-undang relevan boleh dikuatkuasakan," katanya.
Beliau juga
sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kenyataan Agong tidak memberi
kesan kepada bukan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin hak
kebebasan beragama.
"Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka.
"Malah untuk Muslim, hanya agama tersebut boleh mengatur bagaimana mereka mengamalkan Islam," katanya.
Selain itu, katanya, kenyataan mengenai kalimah Allah tidak mengikat semua Muslim kerana tidak mempunyai asas yang jelas.
"Terdapat
tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan ia tidak
menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah,"
katanya.
Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hujung minggu lalu
memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 yang mengatakan
sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat
Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama
seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
Kenyataan
Sultan Kedah itu dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat
Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh
penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata pada hujung minggu
lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian
10-perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan
penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Penyelesaian
10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu
berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh
majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.
Dalam
perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Bible dalam semua bahasa boleh dicetak
atau diimport ke dalam negara. – 22 Januari 2014.
1 orang berkata:
coach outlet
michael kors handbags
mbt shoes clearance outlet
asics sneakers
yeezy boost 350
supreme clothing
longchamp outlet
moncler
coach factory outlet
christian louboutin outlet
Post a Comment