Terpaksa roboh rumah sendiri
- Umno Bahagian Rantau Panjang sempat melawat dan melihat sendiri keadaan empat rumah yang terpaksa dirobohkan kerana kawasan itu bakal dijadikan jalan utama Bandar Baru Lubok Jong.
RANTAU PANJANG – "Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika mula-mula
memecahkan rumah ini." Begitulah luahan hati seorang petani, Yusof Ali,
68, apabila terpaksa merobohkan rumahnya berikutan takut didenda
RM10,000 kerana membina kediaman di atas tanah rizab kerajaan negeri.
Seramai empat keluarga di Kampung Lubuk Jong, di sini, termasuk keluarga Yusof terpaksa merobohkan sendiri rumah masing-masing yang dibina sejak 50 tahun lalu berikutan masalah sama.
Penduduk terbabit mengakui kesilapan berkenaan namun berasa kecewa apabila tiada sebarang bantuan disampaikan bagi meringankan beban mereka setelah kehilangan rumah yang diduduki sejak tiga generasi.
Lebih menyedihkan hati Yusof adalah kenangan yang tersimpan di sebalik rumah berkenaan terutama ia diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi bantuan Semarak Lubuk Jong pada 1988.
"Saya bina sendiri rumah ini 20 tahun lalu. Namun kesusahan hidup saya mendapat perhatian kerajaan negeri yang ditadbir BN pada ketika itu membolehkan saya menerima bantuan berkenaan pada waktu itu," katanya.
Menurut Yusof, pada awalnya dia menawarkan RM50 sehari kepada kontraktor untuk merobohkan rumah berkenaan, namun tiada yang berminat.
Dia terpaksa merobohkannya sendiri kerana tidak mampu menawarkan upah lebih tinggi kepada kontraktor untuk melaksanakannya.
"Saya tak sangka, dulu sayalah yang bina rumah ini, dan selepas 26 tahun, saya juga yang merobohkannya," katanya.
Perah keringat setengah abad
Cerita berbeza dikongsi seorang penduduk lain, Siti Mariam Yaacob, 58, yang memaklumkan arwah bapanya mengambil masa berpuluh tahun untuk membina sebuah rumah selesa bagi keperluan mereka sekeluarga.
Menurut Siti Mariam, suatu ketika dahulu kawasan berkenaan dikelilingi hutan tebal dan arwah bapanya mengerah keringat untuk menebang pokok demi menyediakan kediaman untuk keluarga mereka.
"Setelah pembangunan di sini semakin pesat, tiba-tiba kami terpaksa robohkan rumah dan berpindah.
"Kami sedar kami hanya menumpang di sini. Namun sekurang-kurangnya bantulah kami mencari penempatan lain atau ringankanlah bebanan kami selepas masing-masing kehilangan tempat tinggal," katanya.
Tambah Siti Mariam, selepas menerima notis berpindah Julai lalu, dia terpaksa membelanjakan RM600 untuk upah merobohkan rumah dan buat masa ini dia terpaksa menyewa agak jauh dari kawasan bandar kerana kadar sewa rumah di kawasan ini agak tinggi.
Bantu sehingga mampu bina kediaman sendiri
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim kecewa dengan tindakan pihak berkenaan yang dianggap umpama 'melepaskan batok di tangga'.
Katanya, selaras dengan moto 'Negeri Berkebajikan', pihak kerajaan sepatutnya membantu penduduk terlibat sehingga mereka mampu membina kediaman sendiri.
"Jika tiada sebarang pampasan, sekurang-kurangnya bantulah mereka dengan menyampaikan sedikit sumbangan ihsan. Penduduk ini tergolong dalam kalangan kurang berkemampuan dan kehilangan rumah hasil sepencarian tentu sekali menyedihkan hati mereka.
"Sekiranya tiada sebarang bantuan dihulurkan oleh pihak terbabit, pihak saya akan cuba untuk mendapatkan bantuan bagi penduduk terlibat melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.
Notis sejak Julai lalu
Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Mas, Adnan Hussin menjelaskan bahawa notis perpindahan telah diberikan kepada penduduk terbabit secara berperingkat bermula Julai lalu sehingga bulan lepas.
Adnan berkata, pihaknya telah memberi tempoh masa yang lama untuk empat keluarga tersebut bertindak sama ada menginap di rumah saudara atau mencari rumah sewa.
"Hanya satu keluarga yang mengalami kesulitan untuk mencari kediaman baru, manakala tiga keluarga lain menumpang di rumah anak-anak dan menyewa rumah.
"Tiada pampasan disediakan untuk perkara ini, tetapi kami tetap bantu keluarga berkenaan untuk mendapatkan rumah sewa dalam masa terdekat," jelasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment