23/07/14
Anwar lepas jawatan di Selangor bila Wan Azizah jadi MB
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim dijangka meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor
selepas isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Pak Karamu: Ada dua pandangan disini, pertama mungkin Wan Azizah lebih berupaya daripada Khalid Ibrahim dalam masalah ekonomi. Kedua mungkin Anuar tidak mahu rakyat menuduhnya sebagai tukang pacu dalam hal ehwal ekonomi
Pada sidang media di Pejabat Ketua
Pembangkang di Parlimen hari ini, Anwar berkata, pihaknya juga sedang
berbincang dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk beliau berundur
secara baik.
Pak Karamu: Berbincanglah dengan berhemah serta ikhlas. Berterus terang menyatakan sebab mengapa Khalid Ibrahim tidak lagi layak duduk di kerusi MB mengikut pandangan PR
"Kita akan bincang cara baik proses
perjalanan di Selangor."Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya
Azizah menjadi menteri besar," katanya pada sidang media itu.
Pak Karamu: Walaupun pandangan Anuar ini kelihatan sebagai ikhlas namun tentu mulut rakyat mengumil juga sebab Anuarlah yang membuat pengumuman bahawa Wan Azizah mengganti Khalid, kenyataan awal ini dilihat sebagai rakus, tapi sabarlah !
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang
bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR membuat pertukaran menteri
besar Selangor dan mencalonkan Dr Wan Azizah. “Parti DAP dan PAS akan membawa perkara
ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan
membuat keputusan dalam masa terdekat.
Pak Karamu: Sudah terima cadangan nama pengganti, keputusannya amat pahit jika negatif, namun rasanya PAS dan DAP terpaksalah menerimanya kerana baik sangka dan menjaga hati pada satu pehak dan merosak hati pada satu pehak, resikonya terpaksa ditelan juga walaupun pahit
“DAP dan PAS secara dasarnya menghormati
prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR,”
tiga pemimpin kanan PR dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan Anwar,
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng. DAP dan PAS bagaimanapun hanya akan
memutuskan perkara itu dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti
masing-masing dalam masa terdekat.
Pak Karamu: Bab di atas ada sedikit payah, sebab majlis Presiden terpaksa diwakili, Mat Sabu dan Lim Guan Eng, andainya Presiden PKR Wan Azizah hadir mesyuarat majlis Presiden, ia nampak agak janggal, kerana mesyuarat ada berkaitan dengan dirinya. baik sangka je laaa
Peguam Perlembagaan menjangkakan,
pilihan raya negeri mengejut mungkin akan berlaku di Selangor sekiranya
Khalid terpaksa berdepan dengan usul undi tidak percaya dalam sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana enggan berundur atas desakan parti
untuk menyingkirkan dirinya, kata peguam.
Pak Karamu: Pandangan Pak Karamu, hal diatas sangat menyusahkan dan melibatkan wang yang banyak, inipun kurang baik, namun jika tiada pilihan kerana kedegilan ? Atau kerakusan yang boleh menyelesaikan masalah, ok , jalankan ! Dan percayalah PR pasti akan berpecah belah dan mungkin akan berhadapan dengan huruhara
Peguam Perlembagaan berpendapat, Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan menggunakan kuasa
sultan sekiranya Khalid membuat permohonan membubarkan DUN berdasarkan
peruntukan dalam perundangan dan Perlembagaan negeri.
Pak Karamu: ??? SERBA MUNGKIN
Mereka menjangkakan pelbagai senario
bakal berlaku jika Khalid enggan berundur selepas PKR mengambil
keputusan menggantikan beliau dengan presiden parti itu, Dr Wan Azizah.-
TMI
1 orang berkata:
contoh...
-bila awek yg kita minat dan suka tertumpahkan air kat kita...kita boleh sangka baik..
-bila awek yg kita x minat dan menyampah kat dia tertumpahkan air kat kita..terus kita terajang 1 das..
itu namanya bukan sangka baik tapi tipu daya hehe..
Tipu daya memang diamal oleh mana2 parti politik demokrasi dan pendukung2nya..x caya?
Tengok selangor..kalo penyamun2(org2 umno) kat sana lantik bini sendiri jadi menteri maka melompatlah kita mcm kijang gila x cukup tanah marah2 hehe..tapi bila "pujaan hati" kita buat pertama kalinya tanpa segan silu lantik bini sendiri jadi menteri,maka tanpa segan silu jugalah tindakan itu sedang kita sama2 cuba "nampak muliakan" untuk pandangan umum..
Betol tak?
Hehe
Post a Comment