Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB MULA DIPUJI, SEKURANG-KURANGNYA 80% BERJAYA

Tuesday, July 22, 2014

Memang 'Langkah luar biasa' - Aku Puji Dan Hargai

PM: Berunding dengan pemisah 'langkah luar biasa' mk - 6:34PM - 22 Jul 2014
 
Keputusan Malaysia untuk berunding dengan puak pemisah di timur Ukraine menerima reaksi yang bercampur, tetapi bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

"Ini adalah keadaan yang luar biasa yang memerlukan langkah-langkah yang luar biasa.

"Terdapat risiko yang terlibat dalam melaksanakan perjanjian ini. Tetapi kita merasa berkewajipan untuk meneroka semua peluang untuk memecahkan kebuntuan, dan untuk mendapatkan kotak hitam dan membawa pulang mayat mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP nyatakan sokongan penuh pendekatan senyap Najib tangani isu MH17
OLEH MD IZWAN
Published: 22 July 2014

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh usaha kerajaan Persekutuan melalui pendekatan diplomatik senyap yang digunakan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Julai, 2014. 

Pendekatan diplomatik senyap yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima pujian DAP, malah menyatakan sokongan sepenuhnya di belakang Putrajaya.
DAP menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.
"DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"DAP sedia untuk bersama-sama kerajaan Persekutuan dan menyokong usaha mereka untuk membawa pulang jenazah mangsa kepada keluarga masing-masing supaya majlis pengkebumian yang sempurna boleh dijalankan.
"Serta memastikan siasatan rapi dilakukan demi menjamin keadilan ditegakkan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.
Najib semalam mengumumkan persefahaman dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk memulangkan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 serta kotak hitamnya ke Malaysia.
Beliau memberitahu perjanjian dibuat dengan Alexander Borodai, yang mengakui dirinya sebagai perdana menteri yang mengetuai puak pemisah timur Ukraine di daerah Donetsk di mana MH17 terhempas.
Ketika media barat dan negara kuasa besar bertelagah dalam isu MH17, Najib berjaya menggunakan saluran diplomasi untuk menangani tragedi tersebut.
Tragedi MH17 adalah pengalaman buruk kedua yang dihadapi pentadbiran Najib dalam tidak sampai tempoh beberapa bulan.
Berbanding ketika mengendalikan kehilangan MH370, cara Putrajaya menangani kes ini dilihat lebih profesional dan belajar daripada pengalaman lalu.
Pesawat MH17 ditembak jatuh pada Khamis lalu selepas terbang di laluan kawasan konflik di timur Ukraine dan mengorbankan 298 nyawa, termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi. – 22 Julai, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.