• Tan Sri Pandikar Amin Mulia Tan Sri Pandikar Amin Mulia
1 / 1
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mahu semua ahli Parlimen memanfaatkan masa yang ada bagi membahaskan usul tergempar esok mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
  
"Persidangan (tergempar) ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyampaikan suara rakyat mengenai insiden MH17 yang telah mengorbankan hampir 300 nyawa,lagipun masa yang diperuntukkan hanya satu hari sahaja iaitu dari 10 pagi hingga 5.30 petang," katanya.

Manfaatkan masa Sidang Parlimen Tergempar esok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil Sidang Parlimen Tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.
  
Persidangan itu juga turut akan disiarkan secara langsung di TV1 bermula 10 pagi esok, katanya mengulas persediaan Dewan Rakyat dalam membahaskan usul tergempar.
  
Sementara itu, beliau    mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) supaya mewujudkan kabinet bayangan bagi melancarkan sesi perbahasan ketika persidangan.
  
Katanya cadangan ini bagi memudahkan PR memilih mana-mana anggota parlimen yang pakar dalam bidang masing-masing membahaskan sesuatu isu dengan lebih efektif.
  
"Di kebanyakan negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi berparlimen, walaupun satu pihak yang telah kalah dalam pilihan raya umum, namun mereka tetap wujudkan kabinet bayangan untuk membahaskan isu berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.
  
"Cara ini juga boleh membantu melahirkan idea-idea yang bernas daripada pihak PR ketika sesi perbahasan kerana mereka sudah diaturkan untuk menguruskan sesuatu bidang melalui kabinet bayangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. - Bernama