Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UBATNYA 4% SOFT SOAP

UBATNYA SEJENIS SABUN YANG DINAMAKAN SOFT SOAP (RUPA DIA MACAM OTAK-OTAK UDANG)  ATAU FIRST AID DIA SUPAYA KULIT TIDAK MEREBAK KEBAKARANNYA TERJUN SUNGAI ATAU TEMPAT AIR BERTAKONG, TIMBUL SEKEJAB-SEKEJAP AMBIL NAFAS - Pak Karamu

Rabu, 23 Julai 2014

Senjata Paling Kejam Yang Digunakan Oleh Israel, Amerika Laknatullah Dan TS Harussani Ada Saham Dalam Pembunuhan Rakyat Palestin Dan Mesir.

senjata
Lama dah gua rehat dan sekarang gua ada masa sikit untuk menulis bila rejim Israel Laknatullah mula menyerang Gaza. Gua tinggal dulu bab politik dalam negara yang terlalu banyak isu sejak kebelakangan nih. Gua nak bagitahu sikit kat umat Melayu yang Perkasa lagi Umngok dengan Islamiknya berkaitan dengan pembunuhan secara besar-besaran umat Islam dan rakyat Palestin/Kristian oleh rejim Israel Laknatullah dengan bantuan dari 'Syaitan Besar' (US) dan sekutu pak Arab penjaga tidak sah 2 tempat suci milik umat Islam, tanah haram Mekah dan Madinah.
Sebelum lu nak pergi buka puasa atau makan di MD, KFC, Pizahut, Starbucks dan yang sewaktu dengannya, gua nak suruh lu tengok betul-betul gambar kat bawah. Itu pun jika lu rasa iman kat lu masih bersisa walau pun syarikat yang mendapat lesen francais memberi berbagai alasan, ia milik bumiputera la, ramai pekerjanya bumiputera la dan ia tiada kena mengena dengan pembunuhan di Palestin.
Walau apa pun alasan mereka, walau pun mereka mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari kerajaan Umno/BN (pasal para pemiliknya macai Umno), royalti tetap dibayar kepada pemiliknya yang berpengkalang di Amerika. Duit itulah yang digunakan untuk membunuh orang yang lu mengaku bersaudara dan lu kena ingat yang lu tidak akan sesekali terlepas di Padang Mahsyar nanti kerana lu sudah diberitahu beribu kali dengan terang dan jelas.
Yang pasti ada mufti dan beberapa macai yang mengaku ulama muda memiliki saham yang cukup besar untuk dipikul ke Padang Mahsyar nanti kerana pembohongan mereka yang mengatakan tiada jihad di bumi Palestin. Adakah Mufti Harussani memiliki saham yang agak besar dalam pembunuhan rakyat Palestin kerana beliau mengeluarkan fatwa bughah (wajib dibunuh) terhadap penyokong Presiden Mursi yang menang dengan adil sebagai Presiden Mesir. Malah beliau mempertahankan fatwanya kepada para penentang al-Sisi laknatullah yang merampas kuasa berdarah. 
Al-Sisi yang disokong oleh Raja Saudi lahanat telah menutup sempadan Mesir-Gaza yang sebelum itu telah dibuka oleh Mursi. Bukan sahaja tenteranya mengebom terowong-terowong, malah beliau dengan angkuh membunuh rakyat Palestin dengan sokongan Israel Laknatullah yang menghantar senjata melalui udara. Lu sendiri boleh fikir bagaimana hubung kait fatwa Harussani terhadap rakyat Mesir sehingga merebak ke bumi Palestin. Kalau gua nak cerita bab mufti Perak yang dah kurang akal nih mungkin gua kena karang satu buku./GANR
senjata
senjata

Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara

Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah di panggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
white-phosphorusbone
hvidfosfor3
Betapa kejamnya senjata yang digunakan
White-Phosphorus-victim
white_phosphorus_victim_afghanistan
phosphorous-victims
ogrish-dot-com-israel_lebanon_conflict_victim3
Serangan Israel di Lebanon
Depleted Uranium

Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.

Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
senjata Depleted Uranium Mortar
Senjata Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).

Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.

Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.
news_image.jhtml
DEPLETED URANIUM AFGANISTAN CHILD SMALL WEB COMPRESSED
Di Afganistan
baby
bab-y
DUbaby
du baby
untitled18UranAdobe
Satan
Syaitan berupa manusia berpangkat paling tinggi
Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?

Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?

Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : 
 “Barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.