Lebih 100,000 terpaksa jadi pelarian
- Ribuan penduduk di timur Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas serangan Israel meningkat.
GENTING GAZA - PALESTIN. Lebih 100,000 pelarian Palestin yang
kehilangan tempat tinggal terpaksa mencari perlindungan di pusat
penempatan sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut
agensi antarabangsa itu, semalam.
Jurucakap PBB, Christopher Gunness berkata, Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) telah membuka 69 pusat di Gaza bagi menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat.
"Jumlah pelarian pada kali ini adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding konflik lima tahun lalu dan ia dijangka bertambah susulan daripada peningkatan konflik di wilayah tersebut,"katanya.
Difahamkan, rejim Zionis terus melancarkan serangan udara dan membedil kawasan kediaman, hospital dan masjid. - AFP

0 orang berkata:
Post a Comment