Kiki didenda RM5,000, kerja komuniti 240 jam kerana khianat
22/07/2014 12:42pm
KUANTAN - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30 yang juga dikenali
sebagai Kiki dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan melakukan kerja komuniti
selama 240 jam di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut
selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke
atasnya kerana melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68
di kawasan tempat letak kereta Pusat Transformasi Bandar Kuantan di
sini pada 14 Julai lalu.
Kiki sebelum ini menjadi fenomena internet setelah aksinya ketika
memarahi dan memukul kereta milik Siak Hong pada hari kejadian
dirakamkan dan dimuat naik ke laman media sosial. - KOSMO!
0 orang berkata:
Post a Comment