PM Ukraine arah tentera henti aktiviti
KIEV - UKRAINE. Kerajaan Ukraine telah mengarahkan tenteranya
menghentikan sebarang aktiviti ketenteraan dalam lingkungan 40 km dari
kawasan MH17 terhempas, kata Presiden Ukraine Petro Poroshenko.
Arahan itu, katanya, berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk
meredakan ketegangan antara tenteranya dan kumpulan pemberontak
pro-Rusia.
Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempercepatkan usaha pasukan penyiasatan bersama antarabangsa mendapat laluan yang selamat ke tempat kejadian, katanya.
Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempercepatkan usaha pasukan penyiasatan bersama antarabangsa mendapat laluan yang selamat ke tempat kejadian, katanya.
Sambil melahirkan rasa kesal atas kelewatan untuk memindahkan
mayat-mayat ke dalam pesawat, yang menghalang penyiasatan, beliau
berkata kerajaan Ukraine telah melakukan sedaya upaya termasuk
mengundang Moscow untuk menyertai pasukan penyiasat antarabangsa.
"Saya menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan terhadap
kumpulan pengganas kerana menghalang usaha mencari mayat penumpang MH17
dan gagal menjamin keselamatan pasukan penyiasatan antarabangsa
disebabkan keadaan," kata beliau dalam bahasa Ukraine pada sidang media
semasa melawat Kedutaan Malaysia di sini, Isnin.
Teks ucapannya diterjemahkan seorang pegawai Kedutaan Malaysia.
Pesawat MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
apabila ia terhempas di Donetsk, di bahagian timur Ukraine dekat
sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.
Laporan media asing menyebut bahawa pesawat itu ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden.
Laporan media asing menyebut bahawa pesawat itu ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden.
Terdahulu, Poroshenko merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa
pesawat MH17 yang terhempas di bahagian timur Ukraine pada Khamis,
semasa mengunjungi Kedutaan Malaysia di sini, Isnin.
Poroshenko meletakkan sejambak bunga mawar putih di hadapan tembok kedutaan bersama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan duta-duta asing yang lain.
Poroshenko meletakkan sejambak bunga mawar putih di hadapan tembok kedutaan bersama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan duta-duta asing yang lain.
Sejak tragedi itu, masyarakat Ukraine meletakkan deretan bunga seperti
tulip, mawar dan orkid serta mainan mewah seperti teddy bear, patung
harimau dan lilin di tembok kedutaan.
Mereka juga meninggalkan kad yang tertera mesej "hentikan keganasan,
kami berkabung, anda adalah bidadari", "mangsa keganasan Rusia" dan
"berdoa dan berkabung bersama anda".
Poroshenko bertafakur sebentar sebelum memasuki pejabat kedutaan untuk menandatangani buku takziah.
Susulan tragedi itu, Malaysia menghantar pasukan khas 133 pegawai dan
pakar terdiri daripada anggota mencari dan mengumpul bukti, pakar
forensik serta pakar-pakar teknikal dan perubatan yang tiba di Kiev pada
Sabtu.
Memasuki hari keempat sejak tragedi, pasukan Malaysia termasuk pasukan
penyiasatan antarabangsa yang lain belum memperoleh jaminan bagi laluan
selamat untuk ke tempat kejadian kerana kawasan itu dikuasai kumpulan
pemberontak yang pro-Rusia.
Malah kerajaan Rusia melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan pasukan penyiasatan bersama antarabangsa.
Disebabkan perlu menyegerakan usaha mengutip mayat mangsa-mangsa MH17
dan penyiasatan terhadap punca tragedi, Liow dan Anifah terus datang ke
Kiev masing-masing pada pada Ahad dan Isnin. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment