Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, July 2, 2014

Akhirnya Dihantar Balik Ke New Zealand: Apa Yang Tak Kena Dengan Mamat Ni?

Pelik juga....... Kenapa dia berkelakuan begitu? Bukan setakat nama ATM yang terjejas, negara juga mendapat malu
Wisma Putra: Rizalman akan dihantar balik ke New Zealand
Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.
 
Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.

"Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, perlu digunapakai kepada Rizalman.

"Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika perlu," tambahnya.
 
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand.

Katanya, ia juga berkeyakinan penuh bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
 
"Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas tentang hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand," tambahnya. - mk

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.