Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA PAK KARAMU KATA ISLAM BERPICAH KERANA MAZHAB ? SEMUA MUKA MACAM TAIK KUCING

Taqlid Buta Kerana Jahil & Kepentingan Politik


Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?'

KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.


"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.

"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya. -SH

ULASAN GB

GB melihat isu ini timbul akibat dari dua perkara. Pertama jahil kedua politik.

Jahil kerana dijahilkan oleh sistem pendidikan agama di negara ini sekian lama. Menanamkan pendidikan agama hanya dari satu aliran iaitu mazhab Syafie. Tidak diketengahkan pandangan dan pendapat imam-imam ahli sunnah wal-jamaah yang lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Proses penjahilan ummah ini telah berlaku zaman berzaman sehingga ajaran dari Imam Syafie saja yang dianggap "Islam" manakala yang lain tidak. Maka kesannya jadilah penganut Islam di Malaysia ini sebagai pentaksub Syafie. Sedangkan Imam Maliki adalah guru kepada Syafie. Tidak pernah mereka bertelagah, Syafie sendiri tidak menyuruh mengikut beliau membuta-tuli. Katanya:

“Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.” Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.”

Kedua ialah politik. Hanya semata-mata program itu berlaku di negeri Selangor maka disernag habis-habisan. Sedangkan program pelajar sekolah agama memegang anjing di negeri Johor tidak pula dihebahkan.

Tiba-tiba bangun sekalian ulamak, sekalian ustaz, sekalian mufti menghentam proram sentuh anjing di Selangor. Sehingga surat kebenaran yang dikeluarkan sendiri pun dinafikan, dituduh pula penganjur memanipulasi surat berkenaan.

Dituduhkan pula program itu konopnnya sebagai agenda "liberalisme". Bukankah jelas serangan itu bermotif politik?

Jika "liberalisme", apakah puak yang menuduh itu sanggup menuduh Imam Maliki dari ahli sunnah wal-jemaah sebagai penganjur "liberalisme" semata-mata hanya menyatakan menyentuh anjing itu tidak haram?

Ada pula mufti siap suruh peserta program itu bertaubat. Habis Imam Maliki dan para pengikutnya perlu bertaubat jugakah wahai sang mufti?

Kejahilan dan kepentingan politik menyebabkan sehingga ada pihak sanggup mengancam dan mengugut untuk membunuh penganjur program berkenaan. Konon akulah saja pembela ajaran Islam sebenar dinegara ini.

Inilah paradoks di dalam pengamalan agama di negara kita. Ini baru perbezaan pendapat ulamak di dalam kelompok "Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sendiri sudah menampakkan gejala TAQLID BUTA untuk kepentingan politik. Jikalah Imam Maliki yang berijtihad tidak haram menyentuh anjing itu bukan dari kumpulan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, (dari mazhab Syiah umpamanya), sudah tentu dah dikafirkan oleh sebilangan umat Islam di negara ini. Itupun sudah ada yang menuduh dan memfitnah penganjur program berkenaan sebagai Krisitian.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



6 orang berkata:

Anonymous said...

Kena ngaji ke-4 mazhab baru boleh amalkan. Masyarakat Malaysia kurang faham...penganjur x perlu timbul isu mazhab lain krn ia boleh membawa kerumitan kefahaman. Cth: seorg imam solat x de thomaninah...ikut mazhab hambali...apa akan jd kpd makmum...syafie batal x de thomakninah. Berhujah biar kena tempat dan kwn nya. Blogger pun jgn keluar isu yg merumitkan umat islam

Anonymous said...

kalau dah camtu... kita pakat ikut semua mazhab. hok mana mudah kita ikut. hok mana susah kita tolak tepi.. ikut mazhab yg mudah ja.. yo lah... kalau ikut GB camtu lah ropenye. Boleh kah dibuat amalan camtu. memang ada rukhsoh dlm amalan. Setiap mazhab mengamalkan hukum sedemukian rupa kerana persekitarannya... bukan suka-suka. ada maslahahnya. Yg tertinggi sumber hukum hanya AlQuran dan AsSunnah sahaja! Nak komen hukum@mazhab kalau tak arif baik diam ja!

Anonymous said...

Untuk pemahaman?

Tapi kenapa I WANT TO TOUCH a dog?

Lebih baik dinyatakan I want to LEARN the Islamic rules regarding touching a dog.

FAHAMI hukum berkenaan menyentuh anjing.

Anonymous said...

Kita di Malaysia berpegang kpd Mazhab Imam Shafie. Jadi tak boleh sesuka hati untuk berpegang kpd mazhab yg lain kecauli dalam keadaan tertentu atau darurat. Contohnya semasa menunaikan haji. Tak batal wuduk hanya semasa melakukan ibadah tawaf sahaja, bagi memudahkan jemaah melakukan ibadah tersebut, bukan sepanjang masa berada di Mekah. Begitu juga dengan membayar zakat fitrah. Bayar dengan wang bagi menggantikan beras adalah untuk memudahkan pembayar, penerima dan pihak yang menguruskannya . bayangkan jika setiap orang yang membayar zakat fitrah, menggunakan beras, bagaimanakah keadaannya, bagaimana pihak Amil hendak menyimpannya dan bagaimana hendak diagih-agihkan, tentu akan menyusahkan.Lagipun semua orang termasukyang menerima zakat fitrah itu ada mempunyai beras. Sebabtu digantikan beras tu dengan wang ringgit. Ini berbeza dengan program Sayang Anjing, Sentuh anjing, belai anjing. Dimana daruratnya porgram itu. Memang Imam maliki tidak mengharamkan anjing, tapi Imam Maliki malah nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menyuruh umat nya memegang dan membelai anjing dengan sengaja seperti yang dilakukan oleh penganjur.

Anonymous said...

Saya sangat setuju supaya program sentuh anjing ini ditiadakan, banyak program ilnu lain yang lebih ber menafaat. Tapi sentuh lelaki perempuan untuk pergi haji itu dikatakan darurat saya amat tidak setuju kerana itu kewajipan dalam islam, kalau dulu dia tukar mazhab tapi darurat, bila ada nabi kata darurat dalam menjalankan ibadat. Kslau darurat msknya tak rela atau tak ikhlas. Fikirkan......

Anonymous said...

Keempat imam mazhab tu betul tapi kita disini kebanyakkannya bermazhab shafie,yg mengatakan anjing tu najis,maka ikutlah mazhab kita dlm bab nih,kecuali yg dok pegang anjing tu mazhab maliki,tk apa lh,masaalah disini kita shafie,ikut maliki pun bukan belajar pulak tu

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.