Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis Kepung UM, Halang Anwar Masuk Pidato Di UM.

Polis ambil alih keselamatan UM halang pidato Anwar esok ‎

Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih keselamatan universiti pada 27 Oktober dan semua pintu pagar university akan ditutup mulai jam 4 petang kecuali pintu pagar utama. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) ‎bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu dalam surat pekeliling kepada semua pelajar UM berkata, pihaknya mendapat amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

"Kesemua pintu pagar universiti (kecuali pintu pagar utama) juga akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.

"Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi. "Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober," katanya.

 Rohana berkata, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang. – 26 Oktober, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.