Nasib Anwar ditentukan Jumaat ini
PUTRAJAYA - Keputusan kes perbicaraan rayuan akhir Anwar terhadap
sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bakal ditentukan Jumaat
ini.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mahkamah telah memperuntukkan hari esok bagi mendengarkan hujah akhir sebelum keputusan rayuan dibuat terhadap bapanya.
"Perbicaraan akan bersambung esok.
"... Dan kemungkinan besar, keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat iaitu selepas Pendakwaraya, Tan Sri Shafee memberikan hujahan balas," katanya ketika memberi ucapan kepada penyokong bapanya di luar Kompleks Istana Kehakiman hari ini.
Nurul Izzah dilihat keluar tepat jam 5.35 petang hari ini dari Mahkamah Persekutuan, di mana bapanya, Anwar dibicarakan bagi kes yang dihadapi sejak beberapa tahun dahulu.
Beliau kelihatan tenang dan tersenyum ketika menemui penyokong bapanya sebelum diberi peluang berucap kepada peserta yang hadir.

0 orang berkata:
Post a Comment