31/10/14
Penduduk berkain kapan tuntut kembalikan rumah
Kira-kira 80 orang menyertai bantahan tindakan merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul petang ini.
Bantahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Bandar Baru Sentul.
Seorang penduduk di bantahan itu menarik
perhatian apabila dia berselimutkan kain kapan bertulis Chubadak dan
memakai rambut palsu.
Menurut beberapa aktivis yang menyertai bantahan itu, ia menjadi simbolik kepada terkuburnya Kampung Chubadak Tambahan.
"Saya mahu rumah saya kembali," kata penduduk berkenaan.
Bantahan itu turut disertai Ahli
Parlimen Batu Tian Chua; Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat Aiman
Athirah, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis Gabungan
Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).
Mereka turut membawa sepanduk "Bertuhankan wang", "Di mana pimpinanan rakyat" dan "Pengkhianat Bangsa+T".
Mereka kemudiannya berarak ke pejabat pemaju yang terletak 1.5km dari tempat mereka berkumpul.
Setibanya di hadapan pejabat itu, dua
peserta bertindak menulis "Kapitalis Bangsat" dan "Pengkhianat Bangsa+T"
pada pagar kayu pejabat itu.
Benarkan tiga wakil
Sementara itu, Aiman yang memegang
pembesar suara menggesa supaya pemaju keluar untuk menerima memorandum
tuntutan dari Gerakan Rakyat Bela Kampung Chubadak Tambahan (BELA).
Sementara menunggu pemaju keluar,
peserta demonstrasi menyanyikan lagu rakyat sambil mengingatkan pemaju
supaya "jangan jadi penakut”.
Kelihatan juga antara peserta yang merempuh pagar sehingga satu kayu pagar itu tercabut.
Setelah menunggu hampir 45 minit, muncul
wakil pemaju yang meminta mereka beredar. Namun peserta tetap berdiri
di luar pagar dan menjerit “Kau Kapitalis Bangsat”.
Bimbang keadaan akan menjadi lebih
kecoh, akhirnya wakil pemaju bersetuju membenarkan tiga orang wakil
untuk masuk dan mereka berbincang selama 30 minit di pejabatnya.
Antara wakil yang terlibat adalah
seorang penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ahmad Daud Mohd Ali, peguam
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dan aktivis Gamis, Khairul Najib Hashim.
Kira-kira jam 4.30 petang, ketiga-tiga wakil itu keluar dari pejabat pemaju.
Dalam ucapannya, Ahmad Zamri berkata
rundingan penduduk dan wakil pemaju telah dicapai setelah penyerahan
memorandum tuntutan agar pemaju memberikan pampasan setimpal, notis yang
munasabah serta tidak menggunakan samseng bagi mengusir penduduk
kampung
"Pemaju hendaklah segera memberi pampasan setimpal kepada mangsa pencerobohan dan pengusiran paksa Haji Halim dan Hajah Wahidah.
"Pemaju hendaklah memberi notis yang
munasabah kepada mangsa setelah bayaran pampasan dijelaskan dan pemaju
hendaklah menghentikan penggunaan samseng kampung untuk menakutkan
pengusiran paksa,” katanya.
Ucapan dari Ahmad Zamri disambut dengan
tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir dan peserta bersurai secara aman
kira-kira jam 4.40 petang.- mkini
0 orang berkata:
Post a Comment