Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGGANTI ANUAR RAMAI,

26/10/14

Siapa pengganti Anwar sekiranya dipenjarakan?



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat rayuan akhir bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini selepas beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Persoalannya, siapa bakal menggantikan peranannya sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya beliau dipenjarakan?

Menjawab kepada The Malaysian Insider (TMI) pada Sabtu, Anwar berkata perkara tersebut ada dibincangkan dalam parti sebelum ini.

"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.

"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP” katanya dalam temubual ekslusif dengan TMI di rumahnya di Bukit Segambut.

Kata Anwar, ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti.

"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.

“Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar.

PR sebelum ini pernah berhadapan dengan kemelut politik berikutan krisis parti dalam memilih Menteri Besar Selangor.

Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.

Menurut TMI, jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, PR mungkin berdepan dengan cabaran yang lebih besar berikutan perbezaan pendapat dengan PAS.

Dalam menjawab persoalan tersebut, Anwar dilihat mempertahankan presiden PAS itu.

"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.

"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)." jelasnya.

Dengan penyelesaian krisis Menteri Besar itu, Anwar yakin PR mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara untuk kali kedua.

“Keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada diri saya” katanya kepada TMI.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Yang pastinya,bila anwar di penjarakan , PKR juga akan turut terkubor. Semasa anwar ada pun, ahli PKR tidak boleh dikawal. Gadoh sana bertumbok di sini.yang mulut longkang pula,sesuka hati membuat kwnyataan yang bodoh. Anwar tak boleh kawal. Inikan pula wan azizah.
Azmin pula dilihat banyaj musoh dalam PKR. Jika azmin jadi pilot PKR akan ramai ahli PKR kembali kepada UMNO. Akhirnya PKR akan uraidiri.
Tak kan pula PR akan di anggotai oleh PAS dan DAP sahaja. PAS dengan dasar Islam nya dan DAP dengan dasar china nya. Mana boleh beriringan?
Dan PR juga akan terkubor.
Melainkan, Puak pual anwarinas dalam Pas juga akan keluar drp.Pas dan memantapkan PasMa dam ahli PKR tadi menuboh satu parti baru dan terus bergabong dalam satu gagasan PR baru.
Mungkinkah akan ujud satu sistem baru dalam politik malaysia? Sistem dwi parti.
PasMa, PKr serpihan dan DAP membentuk PR baru
Pkr lama dibawah azmin, PAS dan UMNO dalam satu gagasan BN dua.
Sama sama kita tunggu. Dalam politik everything is possible. Black vam be white or vise versa.

Anonymous said...

Insyaallah umeno akan berkubur.
Amin

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.