• Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak mereka berjalan menuju ke Mahkamah Persekutuan sambil melakar senyuman yang meyakinkan kepada media untuk perbicaraan kes liwatnya pada hari ke-3 di Istana Kehakiman Putrajaya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
  •  
  • Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak mereka berjalan menuju ke Mahkamah Persekutuan sambil melakar senyuman yang meyakinkan kepada media untuk perbicaraan kes liwatnya pada hari ke-3 di Istana Kehakiman Putrajaya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari ketiga hari ini apabila peguamnya meneruskan penghujahan untuk meyakinkan Hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk
Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Hari ini, Ramkarpal akan meneruskan penghujahan mengenai sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes ini.

Muhammad Shafee akan menjawab hujah pembelaan pada sesi petang dan beliau dijangka akan meneruskan hujah pada Jumaat dan kemudian pihak pembelaan akan membalas semula hujah pendakwaan.

Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Oktober hingga 29 Oktober berlanjutan selama tiga hari dan dijangka selesai esok.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. - Bernama