Kepintaran orang melayu islam dalam membangkitkan isu yang tidak berfaedah menunjukkan mereka tidak sensitif dengan isu akidah yang lebih pnting diperkatakan, kerana semakin ramai yang telah rosak dalam beragama, soal sentuh perkara yang najis sama ada berat ataupun rengan sepatutnya langsung tidak timbul dalam masyarakat melayu dewasa ini kerana bab hukum sentuh dan sebagainya telahpun di ajar pada kanak-kanak sekolah sebagai asas bersuci (Thaharah) namun apabila ia di timbulkan dengan sedikit kegemparan maka ia jelas menunjukkan isu ini bertujuan memperbodohkan umat islam di negara ini - Pak Karamu
Kempen sentuh anjing, Mufti suruh taubat
KOTA BHARU - Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh haiwan itu di majlis tersebut kelmarin wajib bertaubat.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH.
Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.
“Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.
“Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing.
AKAN MENYUSUL.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH.
Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.
“Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.
“Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing.
AKAN MENYUSUL.
5 orang berkata:
taubat??...
pun kompius gak ni....
sebab najis tu boleh di sucikan..
samada disentuh dengan sengaja atau tidak...
ulamak tu cakap lain..ulamak ni cakap lain...ustad tu cakap lain...ustad ni cakap lain...
ajer mamposs..
Kultum-
Pada suatu hari, Yazid sedang menyusuri sebuah jalan. Ia sendirian.
Tiba-tiba dari arah depan ada seekor anjing hitam berlari-lari. ..ternyata tahu-tahu sudah dekat; di sampingnya. Melihat Yazid –secara reflek dan spontan– segera mengangkat jubah nya. Tindakan tadi begitu cepatnya dan tidak jelas apakah karena -barangkali– merasa khawatir: jangan-jangan nanti bersentuhan dengan anjing yang liurnya najis itu!
Tapi, yazid mendengar Si Anjing Hitam yang di dekatnya tadi memprotes: “Tubuhku kering dan aku tidak melakukan kesalahan apa-apa!”
Mendengar suara Si Anjing Hitam seperti itu, Yazid hairan: benarkah ia bicara padanya?! Ataukah itu hanya perasaan dan ilusinya semata? Beliau masih terdiam .
Belum sempat bicara, Si Anjing Hitam meneruskan celotehnya: “Seandainya tubuhku basah, engkau cukup menyucinya dengan air yang bercampur tanah tujuh kali, maka selesailah persoalan di antara kita. Tetapi apabila engkau menyingsingkan jubah sebagai seorang Parsi (kesombonganmu), dirimu tidak akan menjadi bersih walau engkau membasuhnya dengan tujuh samudera sekalipun!”
Setelah yakin bahwa suara tadi benar-benar suara Si Anjing Hitam di dekatnya, Yazid baru menyadari kekhilafannya. Secara spontan pula, ia bisa merasakan kekecewaan dan keluh kesah Si Anjing Hitam yang merasa terhina. Ia juga menyadari bahwa telah melakukan kesalahan besar; ia telah menghina sesama makhluk Tuhan tanpa alasan yang jelas.
“Ya, engkau benar Anjing Hitam,” kata Kiai Yazid, “Engkau memang kotor secara lahiriah, tetapi aku kotor secara batiniah. Karena itu, marilah kita berteman dan bersama-sama berusaha agar kita berdua menjadi bersih!”
Ungkapan Yazid tadi, tentu saja, merupakan ungkapan rayuan agar Si Anjing Hitam mau memaafkan kesalahannya. Jikalau binatang tadi mau berteman dengannya, tentu dengan suka rela ia mau memaafkan kesalahannya itu.
“Engkau tidak patut untuk berjalan bersama-sama denganku dan menjadi sahabatku! Sebab, semua orang menolak kehadiranku dan menyambut kehadiranmu. Siapa pun yang bertemu denganku akan melempariku dengan batu, tetapi Siapa pun yang bertemu denganmu akan menyambutmu umpama sebagai raja. Aku tidak pernah menyimpan sepotong tulang pun, tetapi engkau memiliki sekarung gandum untuk makanan esok hari!” kata Si Anjing Hitam dengan tenang.
Yazid masih termenung dengan kesalahannya pada Si Anjing Hitam. Setelah dilihatnya, ternyata Si Anjing Hitam telah meninggalkannya sendirian di jalanan yang sepi itu. Si Anjing Hitam telah pergi dengan bekas ucapannya yang menyayat hati Sang Kiai.
“Ya Allah, aku tidak layak bersahabat dan berjalan bersama seekor anjing milik-Mu! Lantas, bagaimana aku dapat berjalan bersama-Mu Yang Abadi dan Kekal? Maha Besar Allah yang telah memberi pengajaran kepada yang termulia di antara makhluk-Mu yang terhina di antara semuanya!” rintih Yazid kepada Tuhannya.
Suatu hari, Yazid sedang mengajak berjalan-jalan dengan beberapa orang muridnya. Jalan yang sedang mereka lalui sempit dan dari arah yang berlawanan datanglah seekor anjing. Setelah diamati secara seksama, ternyata ia bukanlah Si Anjing Hitam yang dulu pernah memprotesnya. Ia Anjing Kuning yang lebih jelek dari Si Anjing Hitam. Begitu melihat Si Anjing Kuning tadi terlihat tergesa-gesa –barangkali karena ada urusan penting– maka Kiai Yazid segera saja mengomando kepada para muridnya agar memberi jalan kepada Si Anjing Kuning itu.
“Hai murid-muridku, semuanya ketepilah, jangan ada yang mengganggu Si Anjing Kuning yang mau lewat itu! Berilah dia jalan, karena sesungguhnya ia ada suatu keperluan yang penting hingga ia berlari dengan tergesa-gesa,” k ata Yazid kepada para muridnya.
Para muridnya pun tunduk-patuh kepada perintah Kiai. Setelah itu, Si Anjing Kuning melewati di depan Yazid dan para santrinya dengan tenang, tidak merasa terganggu. Secara sepintas, Si Anjing Kuning memberikan hormatnya kepada Kiai Yazid dengan menganggukkan kepalanya sebagai ungkapan rasa terima kasih. Maklum, jalanan yang sedang dilewati itu memang sangat sempit.
Dah bawak cerita israiliyat la pulak....
Jakim sudah fatwakan memegang anjing dengan sengaja adalah haram.
Bertaubat adalah seruan selepas membuat dosa iaitu memegang anjing dengan sengaja.
Tiada perselisihan pendapat di dalam mazhab shafie.
Semua ulamak menyatakan perbuatan memegang anjing dengan sengaja adalah haram.
Ustaz bukan ulamak tidak boleh mengeluarkan fatwa hanya boleh menyatakan apa yang sudah difatwakan.
Sudah ada fatwa jelas kenapa masih ingin menegakan benang yang basah.
Adakah kerana ini menyatkan bahawa liwat adalah halal maka pesta bogel, pesta arak dan kini pesta anjing di adakan.
Semata-mata untuk membenarkan perbuatan liwat seorang peliwat.
Ikut majlis fatwa saja sudah.xpayah kau pulak nk jadi mufti..kang makin kelaut org Islam nanti..
Post a Comment