Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Phahrolrazi: Pasma tidak harap penyokong Pas

  • Phahrolrazi Zawawi Phahrolrazi Zawawi
1 / 1
ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak mengharapkan kepada sokongan ahli dan penyokong Pas untuk menjadi ahli atau menyertai aktiviti anjurannya.

Tindakan Pas yang berterusan menghalang ahlinya menyertai Pasma tidak mendatangkan masalah kerana sasarannya lebih kepada penyokong PR yang jumlahnya mencecah empat juta pada PRU13 lalu.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kewujudannya adalah sebagai platform kepada penyokong PR yang selama ini menyokong mereka tetapi tidak berminat menyertai parti politik.

Bagaimanapun, pucuk kepimpinan PKR dan DAP menunjukkan reaksi positif apabila bukan sahaja memberi sokongan tetapi tidak menghalang ahli parti mereka menyertai aktiviti Pasma.

"Kita tidak ada masalah jika Pas enggan membenarkan ahlinya terlibat. Bukan kita yang rugi tetapi mereka kerana peluang ini sepatutnya digunakan untuk mendekatkan diri dengan penyokong," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mengenai penerimaan masyarakat terhadap Pasma susulan tercetusnya kontroversi dalaman Pas, Phahrolrazi berkata situasi berkenaan secara tidak langsung menarik minat orang ramai mengenali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu secara lebih dekat.

"Mereka mungkin mengikut perkembangan isu ini melalui paparan kenyataan dalam media massa. Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas ramai menghadiri sesi ceramah yang kami adakan secara bergerak di beberapa negeri.

"Pada peringkat awal sambutan tidak begitu menggalakkan tetapi kini semakin baik apabila setiap kali program bilangan yang hadir semakin bertambah," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membidasnya kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai Pasma, Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundur berkata:

"Saya tidak pertikai keputusan Majlis Syura Ulama tetapi mempersoalkan pihak yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi mewakili parti agar tidak ebrlaku percanggahan atau kekeliruan.

"Ini kes kedua yang berlaku percanggahan kenyataan antara MSU dan Jawatankuasa Pas Pusat selepas krisis menteri besar Selangor," katanya.

Menurutnya, percanggahan keputusan juga dapat dilihat apabila MSU melarang ahli menjadi ahli atau menyertai aktiviti Pasma sedangkan Naib Presiiden, Salehuddin Ayob pula mencadangkan agar Pas mengadakan diskusi khas dengan NGO itu untuk meleraikan kekeliruan yang berlaku.

Selain itu, beliau berkata, pengerusi Pasma di beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak belum dilantik kerana masih dalam proses siri jelajah ke negeri terlibat.

"Bagaimanapun bagi Kedah dan Perlis sudah ditetapkan iaitu Mohd Taib Ahmad (Kedah), Zulkarnain Zainal Abidin (Perlis). Manakala bagi Pulau Pinang serta Kelantan masih belum pasti kerana tokoh yang layak sudah ada tetapi perlu mendapat persetujuan ramai terlebih
dahulu," katanya.

Sementara itu, kepimpinan tertinggi Pasma terdiri dari Muhammad Husin (Timbalan Presiden), Mohd Taib Ahmad (Setiausaha Agung) Rosli Bakar (Bendahari).

3 orang berkata:

Anonymous said...

Nak ambil alih kuasa dr tghh...tapi secara halus....aku sanggup masuk umno drp dibwh pimpinan phahrolrazi ni

awng md hadan said...

Sama la aku pun semak perut dgn pasma kifarah ni... pasai nak kena semelih kamin byk2 mcm kata su dia taib sg korok

Anonymous said...

Kenapa pas tk pecat2 lg puak2 hantu ni?aku jd bengo dh dengan pas sekarang,dlm krisis mb selangor terok dihina pkr,tapi masih berduyong2 ketempat perbicaraan anwar,mcm tk ada hati nih,sekarang pasmaa pulak memburokkan pas,tk pecat lg,kalau mcm ni pas akan hancur sikit hari lg mudah2an dijauhi allah hendaknya-bukit bidang selising

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.