Sikap pemerintah punca militan
SUASANA sistem demokrasi di negara-negara Islam di
Asia Barat menjadi punca kepada kewujudan kumpulan militan, demikian
menurut Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, sikap hipokrit pemerintah di negara berkenaan menetapkan pendirian mereka terhadap keganasan yang berlaku juga merupakan punca kewujudan militan.
"Sebagai contoh mereka menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) kerana membunuh rakyat tetapi tidak ada bezanya dengan rejim Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi yang membunuh puluhan ribu rakyat.
“Selain itu, serangan terhadap golongan pro demokrasi yang dilakukan oleh kuasa-kuasa yang ada kepentingan terhadap Israel khususnya menyerang golongan Islamik dan ini adalah usaha untuk melenyapkan sistem demokrasi," katanya.
Jelasnya, suasana demokrasi sebenar mampu meredakan golongan militan daripada terus memberontak.
“Sekiranya demokrasi ini berlangsung dengan baik saya rasa golongan muda tidak akan pergi menyertai kumpulan militan,” katanya.
Beliau memberi pandangan bahawa IS hanya simptom kepada punca permasalahan sebenar militan.
“IS hanya simptom, tetapi perlu diperhatikan punca sebenar mengapa wujud kumpulan militan itu sendiri,” katanya.
Dr Maszlee turut menyuarakan kebimbangan sekiranya negara-negara Islam bergolak gagal menangani permasalahan yang dihadapi masa depan negara tersebut akan pudar.
Pada masa yang sama, kerajaan digesa menyatakan pendirian sama ada menyokong atau tidak kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Beliau berkata, kemenangan kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu dijadikan platform membela nasib negara Islam yang ditindas.
“Kemenangan kerusi tersebut bukan sahaja untuk negara ini tetapi sebagai wakil kepada golongan yang ditindas (negara-negara Islam) oleh kuasa-kuasa zalim.
Maszlee berkata, Malaysia perlu mengembalikan kelantangan bersuara seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cukup disegani negara-negara besar dunia.

0 orang berkata:
Post a Comment