Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, October 21, 2014

Azmin: Apa nasihat AG ? Saya nak tahu



 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi penjelasan berhubung nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara sehingga  menyebabkan dokumen perjanjian air tidak boleh didedahkan.
Azmin berkata, beliau sebelum ini telah meneliti dokumen tersebut dan mendapati tiada perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara sehingga menyebabkan Peguam Negara menghalang dokumen itu daripada didedahkan kepada umum.
"Perlu beri penjelasan kenapa (dokumen) ini ditolak kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan. Hanya kontrak perniagaan antara dua pihak. Kenapa perlu disembunyikan.
"Jika terma itu melindungi kepentingan rakyat, maka tak ada sebab kerajaan pusat bersungguh-sungguh menghalang daripada dokumen ini didedahkan
"Apa nasihat dia (Peguam Negara)? Saya nak tahu. mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan di Shah Alam.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata beliau sehingga kini belum menerima surat rasmi daripada kementerian itu berhubung penolakan untuk mendedahkan dokumen perjanjian air tersebut.
Beliau menjelaskan dokumen itu perlu didedahkan kepada umum bukan bertujuan untuk membatalkan perjanjian berkenaan sebaliknya hanya untuk kepentingan rakyat.
"Sampai sekarang saya belum terima surat rasmi daripada kementerian dan menteri. Lebih adil jika saya teliti dulu jika kerajaan persekutuan tolak permintaan kerajaan negeri untuk dedahkan perjanjian tersebut maka saya akan teliti dulu surat tersebut.
"(Saya) bukan nak batalkan (perjanjian) tapi mesti ada ketelusan kalau tidak akan membebankan rakyat," katanya.
Pada Sabtu lalu, Maximus berkata kandungan perjanjian air antara Putrajaya dan kerajaan Selangor belum boleh didedahkan kepada umum selepas mendapatkan khidmat nasihat yang diberikan Pejabat Peguam Negara. 


Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.