Hari Ke 4: Shafee Nafi Konspirasi
Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pihak pendakwa, mengapa sabitan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat - yang kedua dalam tempoh 10 tahun - adalah 'selamat'.
LINTAS LANSUNG
9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.
Anwar, katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu
Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.
9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.
Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.
Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.
9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.
Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.
9.16am: Mahkamah memulakan persidangan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin mengetui lima anggota panel Mahkamah Persekutuan.
8.55am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba di mahkamah. Mahkamah bersedia untuk mulakan prosiding.
8.53am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kelihatan Anwar memeluk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
8.50am: Keadaan di luar perkarangan Istana Kehakiman tenang dan terkawal. Kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar mahkamah.
Kesemua penyokong hanya duduk dan berbual sementara menanti pendengaran kes rayuan liwat II selesai untuk hari ini.
8.30am: Peguambela utama, Tan Sri Gopal Sri Ram memasuki dewan mahkamah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Turut berada mahkamah ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Prosiding dijangka bermula pada pukul 9 pagi.
8.15am: Wartawan dan pemerhati antarabangsa dibenarkan masuk ke dalam dewan mahkamah.
Peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilihat di mahkamah dengan Timbalan Ketua Pendakwaan (Operasi) Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.
Peguambela N Surendran, Eric Paulsen, Sangeet Kaur Deo dan Latheefa Koya juga sudah bersedia untuk prosiding hari ini.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
0 orang berkata:
Post a Comment