Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GATE SUDAH DI TUTUP

Polis pantau program ceramah Anwar di UM

  •  Muhammad Azlee Abdullah Muhammad Azlee Abdullah
1 / 1
KUALA LUMPUR - Polis akan memantau program ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) malam ini dan mengambil tindakan jika berlaku sebarang provokasi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata walaupun majlis ceramah itu adalah bidang kuasa pihak pengurusan universiti kerana diadakan dalam kawasan kampus, polis tetap membuat pemantauan.

"Ya memang kami ada memantau dengan membuat rondaan dari semasa ke semasa di universiti berkenaan.

"Walaupun ia adalah bidang kuasa UM, polis akan sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya wujud provokasi atau perhimpunan berlaku di luar pagar UM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azlee diminta mengulas mengenai program ceramah Anwar bertajuk "Anwar Ibrahim: 40 tahun, dari UM ke penjara" pada malam ini di universiti berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Penggerak Mahasiswa UM Wan Mohd Suhail Wan Senu dilaporkan telah menyerahkan memorandum kepada pihak polis bagi menuntut jaminan keselamatan warga kampus sepanjang program itu dijalankan.

Beliau berkata program itu tidak mendapat kelulusan pengurusan universiti dan menimbulkan kebimbangan segelintir warga kampus terhadap keselamatan mereka. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.