Liwat II: Saiful harap Anwar tidak tunda lagi
SHAH ALAM - Bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari
Azlan berharap pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada
28 Oktober ini akan diputuskan dengan seadil-adilnya.
Memetik entri blog terbaharunya, Saiful turut berharap Anwar tidak
mencari alasan untuk menunda lagi kes tersebut selepas 100 penangguhan
dan permohonan dibuat sebelum ini.
“Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu (Anwar) tidak mencari alasan untuk ‘tunda’ lagi.
“Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.
“Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan,” katanya, hari ini.
Pada 7 Mac lalu, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.
[ARTIKEL BERKAITAN: Liwat II: Mahkamah putus Anwar bersalah]
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan balas kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan.
Anwar mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berikutan sabitan tuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan dengan hukuman penjara lima tahun.
Dalam pada itu, Saiful berkata, beliau tetap istiqamah sekiranya keputusan nanti tidak memihak kepadanya.
“Saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.
“Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan daripada pihak tertuduh, pihak luar juga anasir politik yang cuba mempengaruhi agar beliau dibebaskan adalah sesuatu yang tidak benar.
“Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.
“Jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung kerana saya yakin bahawa ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA yang tegakkan kebenaran. Jika tidak di dunia, di (Padang) Mahsyar pasti,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment