Polis Ini Bercekak Pinggang Seolah-olah Dia Seorang Saja Ada Pangkat Atas Dunia
Siswa ditahan halang perobohan di Kg Chubadak
Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang ini.
Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.
Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya.
Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 6.30 petang ini, dengan bantuan MP Batu Tian Chua.
Sementara itu, dalam kenyataannya, ketua polis Sentul mengesahkan penahanan dua siswa lelaki yang didakwa menghalang penjawat awam dan menceroboh rumah.
Katanya, penahanan itu dibuat apabila sekumpulan lelaki menghalang sebuah rumah yang diperintahkan mahkamah untuk dikosongkan, selepas perkakas rumah itu dikeluarkan.
Menurutnya lagi, kumpulan tersebut dinasihatkan untuk beredar tetapi enggan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.
Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan aktivis berhimpun depan balai polis itu bagi menunjukkan solidariti kepada Ahmad Fahmi dan Abdul Muqit petang ini.
Antara pemimpin pelajar yang hadir termasuk Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis Muhammad Najib Abd Rahim, dan aktivis NGO dan mahasiswa daripada universiti utama di Lembah Klang.
Mereka turut mempamerkan sepanduk yang mendesak kedua-dua mahasiswa itu dibebaskan termasuk dan melaung "Kami bukan pengecut" sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di situ.
Kenderaan yang lalu lalang turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Mereka juga menunaikan solat asar berjamaah di depan balai polis itu. -mk
ULASAN GB
Dalam banyak-banyak gambar, GB tertarik dengan sekeping gambar seornag anggota polis (mungkin seorang Ketua Polis Daerah) bercekak pinggang itu.
Seorang "penjawat awam", dengan penuh lagak dan angkuh, berdiri bercekak pinggang tatkala operasi menahan dan menangkap kumpulan pelajar yang mempertahankan hak rakyat Kampung Chubadak.
Apakah itu menunjukkan tanda "berdisiplin" bersesuaian dengan motto PDRM "MESRA, CEPAT DAN BETUL"?
Apa ini erti "khidmat mesra" (Friendly Policing) yang dikatakan selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT?
Kita bukan hendak memburukkan imej polis, tetapi perlakuan anggota polis berkenaan di hadapan rakyat yang benar-benar telah memburukkan imej PDRM!
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
1 orang berkata:
Masalahnya apa, tak cerita pun. Kenapa nak roboh.
Post a Comment