Tiada bukti Anwar guna tuala, berus gigi
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang bukti
daripada saksi polis yang menunjukkan perayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menggunakan tuala 'good morning', berus gigi dan botol minuman sewaktu
berada di dalam tahanan di lokap.
Peguam bela, Sangeet Kaur Deo dalam hujahannya berkata, barangan tersebut diberikan kepada Anwar, 67, bagi mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) tanpa pengetahuan Ketua Pembangkang itu.
"DNA yang ditemui pada barangan adalah sepadan dengan DNA yang ditemui di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang dilabel sebagai 'Lelaki Y," katanya.
Beliau berkata, pihak pendakwaan telah mengaitkan DNA "Lelaki Y" itu dengan Anwar berdasarkan bukti keadaan iaitu hanya beliau sahaja tahanan tunggal pada masa itu.
"Pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung," katanya.
Sangeet berkata, DNA "Lelaki Y" itu tidak semestinya milik Anwar dan berkemungkinan milik sesiapa sahaja.

0 orang berkata:
Post a Comment