Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM MEMANG SUDAH MERAGAM LAMA !

TAK CAKAP SALAH, CAKAPPUN SALAH, JIKA ADA STRATEGI NAK PECAHKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM MAKA ITU BUKAN SUATU SERANGAN PEMIKIRAN YANG BARU, IA ADALAH CERITA YANG LAMA, APABILA ADA ORANG ISLAM SUDAH TIDAK TAHU APA YANG HENDAK DI CAKAPKAN, MAKA CAKAP SAJALAH APA YANG TERLINTAS. PADA PAK KARAMU HAL TERSEBUT TAK PERLU CAKAP, KALO GATAL MULUT BOLEHLAH CAKAP. SULTAN YANG PEGANG KUASA AGAMAPUN TAK PERNAH CAKAP PASAL ISLAM YANG BERCELARU, YANG CAKAP ADALAH PAK MUFTI DAN YANG LAINNYA, APA PAK MUFTI BOLEH BUAT ? CUMA CAKAP AJE BOLEHLAH , KUASA MEMANG TAK ADA, YANG SEPATUTNYA SULTANLAH YANG CAKAP, APABILA SULTAN TAK CAKAP BERERTI ISLAM TU OK JE ! Pak Karamu
 
Strategi celarukan pemikiran Islam

  • Mohamad Shukri (dua, kanan) menerima cenderamata dari wakil Sultan Lombok di
Majlis Muwaasolah Ulama Bersama Ummah di Kubang Kerian, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH  
  • Mohamad Shukri (dua, kanan) menerima cenderamata dari wakil Sultan Lombok di Majlis Muwaasolah Ulama Bersama Ummah di Kubang Kerian, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
1 / 1
KOTA BHARU - Penyebaran beberapa isu kontroversi yang bercanggah dengan agama secara meluas di laman sosial dianggap salah satu usaha Islam liberal bagi mencelarukan pemikiran umat Islam, sekali gus mahu umat Islam berpecah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, strategi tersebut diatur teliti oleh pihak yang didakwa cemburu dengan kekuatan Islam.

“Di sebalik perpaduan, sudah tentu ada ancaman dan apabila ada perpaduan, di situlah ada kekuatan, malah apabila ada perpecahan di situ ada kelemahan.

“Oleh itu, pihak yang cemburu dengan kekuatan Islam berusaha untuk melemahkan Islam melalui perpecahan. Sebab itulah Islam melarang keras umatnya berpecah, sebaliknya jika ada perselisihan pendapat, ia baik kerana jika diurus boleh menjadi rahmat,” katanya selepas merasmikan Majlis Muwaasolah Ulama Bersama Ummah di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, semalam.

Memberi contoh penganjuran program ‘Saya Mahu Menyentuh Anjing’ baru-baru ini, program itu dianggap satu strategi yang memecah-belahkan Islam.

“Kalau kita tengok benda itu tiada apa, sebagai contoh letak kertas dan bulatkan, ini kepala bapa kamu, ini kepala bapa aku. Kalau pijak, apa masalahnya, pijak surat khabar. Bagaimanapun, itu sebenarnya sudah hina kepala bapa saya.

“Dalam kalangan ulama sendiri berpecah, ada pelbagai pendapat, mufti kata ini, ulama itu kata ini, berlaku telagah dan akhirnya kata siapa kita mahu pegang dan celaru pemikiran umat Islam,” katanya.

Beliau turut kesal apabila ada pihak tertentu bertindak menyebarkan gambar  anjing memakai serban di media sosial.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ini cuma andaian dia sahaja.

sama macam andaian sesetengah orang, lepas sentuh anjing, akan sentuh babi, lepas tu makan babi......

andaian jahat macam tu amat dilarang dalam islam. Tapi ostat2 ini jugak yang buat andaian palsu tak tentu pasal....

suruh orang islam jangan bersangka buruk tapi ostat2 sendiri bersangka buruk.....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.