Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, October 30, 2014

Kedatangan penyokong Anwar suram banding semalam


Penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula memenuhi luar pekarangan bangunan Mahkamah Persekutuan.

Tinjauan pada jam 11.10 pagi mendapati tikar mula dihampar di kawasan himpunan bagi majlis bacaan Yassin dan solat Hajat.

Himpunan pagi ini juga dilihat suram dengan tiada aktiviti ceramah dan sorakan daripada penyokong Anwar seperti kebiasaannya.

Lokasi himpunan di sekitar bangunan Mahkamah Persekutuan juga masih dilitakkan dengan pita rentang berwarna kuning bagi mengelakkan peniaga mengambil menjaja di kawasan tersebut. 

Dianggarkan kira-kira 100 orang penyokong Anwar berada di perkarangan bangunan Mahkamah Persekutuan, angka yang dilihat amat sedikit jika dibandingkan semalam.

Hari ini adalah hari ke tiga rayuan terakhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun terhadapnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Oktober hingga 29 Oktober berlanjutan selama tiga hari dan dijangka selesai esok.

Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008 lapor Sinar Harian


..... Apa yang perlu kita ketahui ialah semalam, lebih 3,000 orang berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah itu menunjukkan solidariti bersama Anwar.

Kebanyakkannya menjangkakan prosiding berakhir semalam seperti dijadualkan, oleh itu ramai yang datang dari seluruh negara menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar.

Bagaimanapun oleh kerana keputusan dijangkakan diketahui esok hari dijangka ramai yang akan hadir esok..

Lagipun kebanyakkan penyokong yang hadir masing-masing ada tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga.. mana mampu nak berkhemah disitu sampai empat hari..

Kehadiran anggota Polis yang lebih ramai dari semalam dipercayai bagi mengimbangkan keadaan antara penyokong Anwar dan pihak berkuasa..

Semalam penyokong Anwar ramai tapi anggota Polis yang bertugas disitu kurang jadi hari ini ditambah kerana penyokong Anwar dijangka semakin ramai..

Tapi tak ramai pun.. meleset jangkaan Polis tu.. SB risik apa macam ni?

1 orang berkata:

Basar said...

3000 orang.... Pergh bangla indo kira ke. Bila masa dalam 3 hari sampai 3000 penyokong ketum

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.