Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 27 Oktober 2014

Negara Umno: Menjelang pidato Anwar, UM arah kakitangan pulang awal kerana tiba-tiba ada gangguan elektrik ..!!

Menjelang program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, Universiti Malaya (UM) membenarkan kakitangan mereka pulang awal dengan menjadikan gangguan elektrik sebagai alasan. 
 
Dalam satu kiriman emel daripada pihak pentadbiran universiti, UM mengatakan semua kakitangan dibenarkan pulang pada pukul 4.00 petang

 "Adalah dimaklumkan keadaan cuaca buruk dan tidak menentu kebelakangan ini mengakibatkan beberapa insiden gangguan elektrik dan kerosakan pada pencawang elektrik universiti," kata pihak pentadbiran UM melalui emel kepada kakitangan yang tersebar di laman sosial Facebook.

 "Keadaan ini merbahaya dan pihak universiti sedang menjalankan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan pencawang elektrik di beberapa lokasi utama di universiti. "Sehubungan itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak Pengurusan Universiti bersetuju supaya operasi pejabat di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur ditutup awal pada 27 Oktober 2014 (Isnin), mulai jam 4.00 petang hari ini," kata kenyataan tersebut.

 Bahagian Keselamatan UM hari ini membuat kawalan ketat kampus termasuk menutup beberapa pagar utama bagi menghalang kenderaan luar masuk, menyebabkan kesesakan di pintu masuk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Pengarah Keselamatan Yusof Harun dalam emel kepada kakitangan universiti berkata, pihaknya mendapat arahan pihak pengurusan universiti supaya hanya kenderaan yang berpelekat UM sahaja dibenarkan masuk kawasan kampus hari ini.

 Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik, sekatan kenderaan luar masuk ke UM dipercayai untuk menghalang program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang mengundang Anwar untuk memberikan ucapan. Tinjauan The Malaysian Insider pagi ini mendapati sekatan dilakukan Bahagian Keselamatan UM menyebabkan kesesakan di pintu masuk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Bagaimanapun, PMUM berkeras akan meneruskan program bersama ketua umum PKR itu seperti dirancang malam ini.
Presiden PMUM Fahmi Zainol (gambar, kedua dari kiri) memberitahu sidang media hari ini, mereka akan meneruskan program itu walaupun mendapat tekanan dari pengurusan universiti. "Program itu menerima banyak sokongan dari pelbagai pertubuhan pelajar di Lembah Klang," Fahmi memberitahu pemberita di luar Dewan Tunku Canselor hari ini, lokasi program itu dijadualkan.

 "Rakan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaya Sabah semua menyatakan sokongan mereka terhadap program ini.

" Fahmi berkata program malam ini yang dijadualkan bermula pukul 9 malam, juga merupakan mesej kepada rakan aktivis mahasiswa di seluruh negara supaya berani dan tidak gentar bertindak mengikut kepercayaan mereka.

Semalam Anwar bertegas beliau akan tetap menghadiri program di UM hari ini walaupun pihak pentadbiran universiti menghalangnya. "Program di UM akan tetap dihadiri oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," kata pembantu Anwar,

Dr Fahmi Ngah kepada The Malaysian Insider. Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan terakhir Anwar berkaitan kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober ini. Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tetapi dibenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.