Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Aksi-aksi Penyokong Anwar Yang Meroyan, Taksub, Bodoh & Mengarut.

Maaf cakap la.
Kalau begini la tujuan korang hadir, baik tak payah hadir. Mampos lagi baik dari melakukan aksi2 yang boleh memalukan perjuangan, nama Anwar Ibrahim dan PKR itu sendiri.

Serius fak!

Mula2 kecoh dengan aksi baling telur. Nak baling telur ke polis, kena kat wartawan. Sohai. Manusia apa bangsa, apa agama pun tahu telur tue rezeki. Dah kaya sangat ke dok baling2 rezeki tue? Ini kalau kanak2 Somalia tengok pehhh.. dorang makan pasir, lue ada telur p baling kat muka orang. Memang perangai haramjadah tatau syukur punya orang. Ada satu rancangan dokumentari kat saluran KBS yang aku tengok di mana artis2 KOREA p negara2 miskin untuk menyelami kehidupan rakyat di negara tersebut. Antaranya negara2 di sekitar benua Africa. Maloan2 yang baling telur semalam patut p kat negara2 tue dan tengok sendiri betapa daifnya kanak2 di sana. Makan. Pendidikan. Pakaian. Rumah. Hatta tengok persekitaran pun tak tergamak aku nak cakap betapa betulnya tindakan baling telur tue. Siyes. Malu kot. Macam orang takde adab.

Lepas tue.

Tengok plak video si Zuraidah berklip klap. Klip klap. Klip klap. Klip klap. Klik klap tue apa makcik woi. Tak faham aku. Sudah la aku tak faham motif klip klap. Lepas tue motif muka banner Zuraidah lagi. Hadoi ai.

Lue semua tengok jap ;

 

Dan yang paling aku tak faham ialah tindakan merepek dorang berkenaan Saiful kat bawah neh hah ; 


Bukan aku mempersoalkan tindakan bakar poster tue ek. Itupun aku tatau la dorang rembat mana poster tue. Curi ke main kebas ke ada minta izin ke apa ke aku tatau. Kalau pun poster tue ditinggalkan, tak boleh juga sebarang amek dan bakar. Still orang punya tue. Bukan kau punya. 

Yang aku meluat tue ialah aksi depa dok mencarut2 dalam video tue. Mati la apa la. Bagi aku benda2 gitu kau tak payah cakap kat public la. Kau diam2 sudah. Off camera. Bila camera datang buat perangai steady la. Mangkok betul la. Macam cubaan nak mencalarkan imej PKR pun ada aku tengok. Kumpulan indian tue kumpulan PKR ka Hindraf ah? Lain macam jek aku tengok perangai malaon2 tue.

Untuk rekod. Perbicaraan sudah memasuki hari ketiga. Dan penyokong2 Anwar dah semakin berkurangan. Bagi aku bagus juga dari ramai2 tapi spesis yang merepek. Biar sikit tapi jenis ada akal takpe la.

Dan, dalam masa yang sama Anwar minta penyokong2 jangan sibuk provokasi polis. Memang betul pun. Itulah yang sepatutnya. Jangan dok tambah calarkan imej parti masing2. Bertenang dah la. Anwar pun tak support perangai bangang korang. Konon buat bangang demi Anwar. Sekali Anwar pun tak sokong. Apa da. Nak provoke polis sangat p KG. Chubadak lawan sana. Provoke polis kena pandai pilih2 isu. Bukan main rempuh aje. TOLOL.

Cadangan aku. Daripada korang merepek meraban kat situ sebab buang masa takde kerja apa semua. Baik korang buat kerja menganalisa fakta2 kes. Untuk tujuan perbincangan dan berbahas. Berdebat la dengan penyokong2 Saiful kenapa korang rasa kes Anwar tue fitnah.

Lepas tue dok berkumpul ramai2 buka cerita yang ada faedah. Cari topic2 untuk membuka discussion. Bincang pasal masalah rakyat ke. Baca buku ke. Kata nak solidariti kan. So biarla ia ditunjukkan melalui satu sikap yang berfaedah juga. 

Sampai bila hotak kau semua nak jadi pengikut?

Asal solidariti jek kena jerit2.
Asal solidariti jek kena maki2.
Asal solidariti jek kena lawan polis.
Asal solidariti jek kena bakar2.
Asal solidariti jek kena bawa banner.
Asal solidariti jek gaduh2.
Asal solidariti jek kena tolak2.
Asal solidariti jek kena rempuh2.

Ubah sikit la. Solidariti gunakan akal. Bukan emosi. Cipta satu perkara yang diluar dari kebiasaan. Korang semua berkumpul di Istana Kehakiman, bukan kumpul kosong atau kumpul saja atau kumpul klip klap. 

Apa kata korang semua buat banner2 yang menghimpunkan satu persatu masalah rakyat di negara neh.

Then korang semua buat pentas sementara tunggu mahkamah bersidang.

Masing2 berucap dengan membawakan masalah2 berkaitan rakyat dan permasalahan hidup kenapa korang rasa BN perlu dijatuhkan.

Lagi ada faedah tau tak.

Eh dah la. Malasnya nak mengumpat penyokong2 Anwar yang taksub neh panjang2. Baik layan drama lagi bagus.

Kbai.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Itulah asas pemikiran penyokong pkr, lemah....iman lemah tinggal 5% ja.
....95% lagi nafsu.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.