Bot tempur CB204 dijangka tiba di TLDM KK esok
- Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang Isnin setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah, akan ditunda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, jika cuaca mengizinkan. - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam
setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah,
dijangka tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota
Kinabalu antara 11 pagi dan 7 malam esok.
Penglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata operasi penundaan bot itu yang bermula 10 malam tadi kini dilaksanakan KD Ganas yang menggantikan KD Paus dan diiringi KD Lekiu bergantung kepada keadaan cuaca.
KD Paus yang menunda bot itu sebelum ini mengalami masalah pada tangki minyak pada tengah hari tadi dan telah dibawa ke Stesen 5, Pulau Layang-Layang, katanya.
"Saya kira masa paling cepat akan sampai esok 11 pagi dan paling lambat pada jam 7 malam bergantung kepada kelajuan dan keadaan cuaca.
"Buat masa ini, bot dan kesemua anggota terbabit berada pada kedudukan 114 batu nautika ke barat laut dalam keadaan laut peringkat empat dan ketinggian ombak pada paras 2.5 meter. Penundaan boleh dibuat pada kelajuan empat hingga enam knot," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Mohammad Rosland berkata kesemua tujuh anak kapal terbabit berada dalam keadaan letih namun bersemangat.
Tujuh anak kapal bot itu ialah Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.
Katanya pihaknya cuba untuk menerbangkan dua anak kapal iaitu Charles Cristopher dan Steven Hudson menggunakan pesawat Super Lynx kerana mengalami masalah kesihatan.
"Namun, usaha itu tidak berjaya kerana masalah cuaca dan laut bergelora dan Super Lynx terpaksa berpatah balik.
"Charles dipindahkan ke KD Ganas kerana mengalami sakit perut (gastrik) dan Steven mengalami masalah kesihatan selepas terkena rencatan elektrik menerima rawatan di KD Lekiu yang dikendalikan seorang sarjan. Kedua-duanya stabil," katanya.
Bot tempur yang dinaiki tujuh anak kapal belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau, Pulau Layang-layang, sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi.
Bot tempur itu dikesan kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-Layang selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot
berkenaan pada 4.15 petang semalam.
Bot tempur berkenaan berjaya dirapati KD Sri Ganas pada 7.12 malam malam tadi pada kedudukan 50 batu nautika di timur Pulau Layang-Layang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan aset laut dan udara membawa kepada pengesanan bot berkenaan apabila KD Ganas berjaya memintas panggilan kecemasan melalui Radio Maritim.
Mohammad Rosland berkata insiden yang berlaku itu merupakan lumrah dalam profesionalisme sebagai anggota pasukan keselamatan yang memberi pengalaman dan pembelajaran berharga kepada anak-anak kapal itu.
Menurutnya, anggota keluarga kesemua anak kapal akan dibawa di pangkalan itu untuk bersama-sama menyambut ketibaan mereka esok. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment