Hairan pesalah boleh ke luar negara
SHAH ALAM - Walaupun tidak menyalahi undang-undang, pemergian Koperal
Sirul Azhar Umar ke luar negara dianggap menghairankan apatah lagi dia
tidak kembali ke Malaysia semasa Mahkamah Persekutuan menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati ke atasnya, kelmarin kerana membunuh warga
Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lalu.
Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, kebiasaannya pendakwaan akan menggunakan Akta Mahkamah Kehakiman 1963 untuk menghalang pesalah melarikan diri ke luar negara.
Katanya, akta ini banyak digunakan, terutama dalam kes membabitkan tertuduh dari luar negara.
"Sungguh pun (jika tertuduh dari luar negara) menang kes itu (di Mahkamah Rayuan), pihak pendakwaan akan guna akta tersebut. Bagi saya, apabila Sirul Azhar telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan (pada Ogos lalu), dia tidak salah dan rayuannya diterima.
"Cuma saya hairan kenapa dia boleh ke luar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar," katanya kepada Sinar Harian.
Namun beliau berpendapat pendakwa raya dalam kes ini mungkin tidak menyangka seorang rakyat Malaysia, yang juga bekas polis, tidak akan hadir ke Mahkamah Persekutuan mendengar keputusan kesnya.
“Saya tidak rasa ada udang sebalik batu (mengenai kehilangan Sirul Azhar). Ia hanya tanggapan pendakwa raya atau timbalan pendakwa raya bahawa Sirul Azhar akan datang ke mahkamah, tetapi tanggapan itu nampaknya tidak betul,” katanya.

AKAN MENYUSUL.
0 orang berkata:
Post a Comment