Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kita buka 25 jam, bukan 24 jam untuk siasatan,”

MB: Kelantan sedia disiasat SPRM

  • Ahmad menunjukkan peta taburan hujan di Kelantan ketika sidang media di pejabat di Kota Darul Naim, Kota Bharu, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH Ahmad menunjukkan peta taburan hujan di Kelantan ketika sidang media di pejabat di Kota Darul Naim, Kota Bharu, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
1 / 1
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan aktiviti pembalakan punca banjir besar baru-baru ini.

Ahmad berkata, pihaknya bukan sahaja sedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM, malah lebih suka jika perkara itu segera disiasat.

“Tak apa. Sila-sila...kita di Kelantan dari dulu lagi sedia (untuk disiasat). Kita buka 25 jam, bukan 24 jam untuk siasatan,” katanya ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang mendakwa mempunyai bukti perkara tersebut dan bersedia mendedahkan nama mereka yang terbabit.

Ahmad berkata, beliau menghormati kenyataan Shahidan dan mengambil maklum hal berkenaan untuk dibincang bersama dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) dengan mengemukakan kajian-kajian yang dijalankan Kerajaan Kelantan.

“Lebih baik bagi saya sebagai kerajaan negeri mencadangkan supaya isu berkaitan punca banjir sama ada disebabkan oleh pembalakan, isu perhutanan dan penerokaan tanah, sewajarnya dibincang di dalam mesyuarat MTN selaras dengan kehendak persekutuan.

“Apabila berbangkit isu ini, secara ikhlas kita bincang di MTN, jangan bincang di luar secara terbuka kerana rakyat tidak faham dan di sana kita boleh buat apa-apa ketetapan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.